Pertanika Journals · Universiti Putra Malaysia Press
Pertanika UPM Journals Facebook
Established 1978 · Universiti Putra Malaysia Press

Research across disciplines. One Pertanika.

International peer-reviewed journals advancing research in tropical agriculture, science and technology, social sciences and humanities, with open scholarly access across the Pertanika family.

PJTAS Tropical Agricultural Science PJST Science & Technology PJSSH Social Sciences & Humanities
Chapter 3 · Pertanika Book Series

ANALISIS KATA ARKAIS DAN LARAS BAHASA ISTANA DALAM HIKAYAT HANG TUAH

English titleArchaic Words and the Court Register in Hikayat Hang Tuah

Siti Nurul Suhadah Tuan Adnan1, Mohd Firdaus Che Yaacob2, Nazilah Mohamad3

Tradisi Naratif, Bahasa dan Jati Diri: Akal Budi, Nilai dan Warisan Alam Melayu 29 October 2026 Pages 47–65
Chapter content

Abstract

Bahasa Malaysia

Hikayat Hang Tuah merupakan sebuah epik Melayu klasik yang tersohor dan dianggap sebagai puncak pencapaian sastera Melayu tradisional. Karya ini bukan sahaja memaparkan kehebatan kepahlawanan Hang Tuah dan kesetiaannya kepada institusi kesultanan, malah bertindak sebagai sebuah dokumen linguistik yang merakamkan keindahan, kehalusan, dan struktur bahasa Melayu pada zaman kegemilangannya (Zakaria, 2015)). Teks sastera klasik seperti ini menjadi sumber rujukan utama untuk meneliti perkembangan kosa kata dan variasi bahasa lama yang pernah mendominasi komunikasi masyarakat Melayu tradisi.
Namun begitu, peralihan zaman dan arus pemodenan bahasa telah menyebabkan sebahagian besar kosa kata dalam Hikayat Hang Tuah tidak lagi digunakan secara aktif, sekaligus dikategorikan sebagai kata arkais (Jamian & Idris, 2019). Kata arkais ini sering kali menimbulkan kesukaran pemahaman dalam kalangan pembaca generasi moden. Selain isu keusangan kata, teks ini juga sarat dengan penggunaan laras bahasa istana atau bahasa dalam yang mencerminkan sistem sosiolinguistik, adat istiadat, dan tatatingkat sosial masyarakat feudal Melayu lama. Laras bahasa ini mempunyai struktur, sistem sapaan, dan pilihan kata yang khusus bagi menunjukkan penghormatan terhadap golongan diraja.

English

Hikayat Hang Tuah is a celebrated classical Malay epic regarded as the summit of traditional Malay literature. It not only portrays Hang Tuah's heroism and loyalty to the sultanate but also serves as a linguistic document recording the beauty, refinement and structure of Malay in its golden age (Zakaria, 2015). Classical texts of this kind are a primary source for studying the development of vocabulary and the varieties of old Malay that once dominated communication in traditional Malay society.
However, the passage of time and the modernisation of the language mean that much of the vocabulary of Hikayat Hang Tuah is no longer in active use and is classed as archaic (Jamian & Idris, 2019). These archaic words often make the text hard for modern readers to understand. Besides obsolete words, the text is full of the court register, or bahasa dalam, which reflects the sociolinguistic system, ceremonial customs and social hierarchy of old Malay feudal society. This register has its own structures, forms of address and word choices to show respect to royalty.

Contributors

Affiliations

  1. 1Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan, Malaysia
  2. 2Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan, Malaysia
  3. 3Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Sultan Zainal Abidin, Kampus Gong Badak, 21300 Kuala Nerus, Terengganu, Malaysia
Publication record

Bibliographic details

Book
Tradisi Naratif, Bahasa dan Jati Diri: Akal Budi, Nilai dan Warisan Alam Melayu
Editors
Mohd Firdaus Che Yaacob
Chapter
3
Pages
47–65
Publisher
Penerbit Universiti Putra Malaysia
Published
29 October 2026
E-ISBN
9786297114521