Pertanika Journals · Universiti Putra Malaysia Press
Pertanika UPM Journals Facebook
Established 1978 · Universiti Putra Malaysia Press

Research across disciplines. One Pertanika.

International peer-reviewed journals advancing research in tropical agriculture, science and technology, social sciences and humanities, with open scholarly access across the Pertanika family.

PJTAS Tropical Agricultural Science PJST Science & Technology PJSSH Social Sciences & Humanities
Chapter 4 · Pertanika Book Series

ANALISIS KESANTUNAN BERBAHASA DALAM DIALOG WATAK CERITA RAKYAT MELAYU

English titleLinguistic Politeness in the Dialogue of Characters in Malay Folk Tales

Mohd Firdaus Che Yaacob1, Ahmad Ridhwan Che Husin2, Nor Zuhaidah Mohamed Zain3

Tradisi Naratif, Bahasa dan Jati Diri: Akal Budi, Nilai dan Warisan Alam Melayu 29 October 2026 Pages 66–85
Chapter content

Abstract

Bahasa Malaysia

Dalam masyarakat Melayu tradisional yang belum mempunyai sistem persekolahan formal, cerita rakyat bertindak sebagai institusi pendidikan utama. Ia merujuk kepada sifat penceritaan yang bertujuan untuk mengajar, mendidik, dan membimbing masyarakat sekeliling. Menurut Hanafiah & Yaacob (2020) watak-watak fabel seperti Sang Kancil mampu mengajar kanak-kanak tentang kepentingan menggunakan akal fikiran untuk menyelesaikan masalah, berbanding menggunakan kekuatan fizikal semata-mata. Manakala, cerita berbentuk pengajaran seperti Si Tanggang memberikan amaran keras tentang akibat buruk derhaka kepada orang tua dan sifat dengki. Ia menanamkan rasa takut untuk melakukan kejahatan kerana balasan buruk pasti akan berlaku di akhir cerita. Menurut penglihatan daripada Yaacob et al. (2022) pengaruh Islam dan adat Melayu yang disebatikan dalam naratif banyak menekankan konsep keadilan, ketauhidan, dan keseimbangan antara manusia dengan alam sekitar. Hal ini kerana masyarakat Melayu lama percaya bahawa alam sekeliling mempunyai “semangat” atau penjaga. Dalam cerita rakyat, watak yang merosakkan alam tanpa sempadan atau tidak menghormati alam pasti akan menerima balasan buruk. Ini adalah falsafah tersirat yang mendidik masyarakat supaya tidak tamak dan sentiasa menjaga kelestarian alam. Gultom (2023) menyifatkan manusia perlu hidup harmoni dengan alam semesta yang lebih besar. Melalui cerita mitos asal-usul tempat, masyarakat diajar memahami kedudukan mereka yang kerdil di dalam ekosistem alam ini.
Kesantunan berbahasa merupakan teras kepada sistem nilai dan identiti masyarakat Melayu yang mencerminkan ketinggian akal budi serta kehalusan budi pekerti sesebuah bangsa (Ahmad & Samsuri, 2019). Bahasa bukan sekadar alat untuk menyampaikan maklumat, tetapi ia bertindak sebagai wahana budaya yang sarat dengan simbol, norma, dan adab sopan. Manifestasi kesantunan ini bukan sahaja terpancar dalam kehidupan realiti, tetapi turut tersingkap secara komunikatif melalui karya sastera tradisional, khususnya cerita rakyat Melayu. Sebagai warisan naratif lisan yang diwarisi zaman-berzaman, cerita rakyat berfungsi sebagai cerminan masyarakat yang merakamkan sistem sosial, hierarki status, dan peraturan linguistik yang diamalkan oleh generasi terdahulu (Islahuddin et al., 2021). Melalui dialog-dialog watak dalam cerita rakyat, struktur sosial dan amalan kesantunan dapat dilihat secara dinamik (Yaacob, 2022). Penggunaan sistem sapaan, bahasa kiasan, dan ungkapan rutin oleh watak-watak sastera tersebut menggambarkan bagaimana nilai harmoni dan penghormatan silang budaya dipelihara dalam komuniti.

English

In traditional Malay society, before formal schooling, folk tales were the main educational institution, telling stories to teach, educate and guide the community. According to Hanafiah and Yaacob (2020), fable characters such as Sang Kancil (the mousedeer) teach children the importance of using their wits to solve problems rather than relying on physical strength alone. Cautionary tales such as Si Tanggang give a stern warning about the consequences of disobeying one's parents and of envy, instilling a fear of wrongdoing because retribution is sure to come at the end. In the view of Yaacob et al. (2022), the influence of Islam and Malay custom absorbed into the narratives places great emphasis on justice, the oneness of God and balance between people and nature. Old Malay society believed that the natural world had a “spirit” or guardian, so in folk tales a character who damages nature without restraint or disrespects it will surely be punished. This is an implicit philosophy that teaches people not to be greedy and always to care for the environment. Gultom (2023) describes humans as needing to live in harmony with the larger universe; through origin myths of places, communities learn to understand their small place in the ecosystem.
Linguistic politeness is at the core of the value system and identity of Malay society, reflecting a people's wisdom and refinement (Ahmad & Samsuri, 2019). Language is not merely a tool for conveying information but a cultural vehicle full of symbols, norms and courtesy. This politeness shows not only in real life but also, communicatively, in traditional literature, particularly Malay folk tales. As a narrative heritage passed down through the ages, folk tales mirror society, recording the social system, status hierarchy and linguistic rules of earlier generations (Islahuddin et al., 2021). Through the characters' dialogue, social structure and the practice of politeness can be observed dynamically (Yaacob, 2022). The forms of address, figurative language and routine expressions used by the characters show how harmony and mutual respect were preserved in the community.

Contributors

Affiliations

  1. 1Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan, Malaysia
  2. 2Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan, Malaysia
  3. 3Jabatan Sains Komputer dan Teknologi Digital, Fakulti Komputeran dan Meta-Teknologi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak, Malaysia
Publication record

Bibliographic details

Book
Tradisi Naratif, Bahasa dan Jati Diri: Akal Budi, Nilai dan Warisan Alam Melayu
Editors
Mohd Firdaus Che Yaacob
Chapter
4
Pages
66–85
Publisher
Penerbit Universiti Putra Malaysia
Published
29 October 2026
E-ISBN
9786297114521