Pertanika Journals · Universiti Putra Malaysia Press
Pertanika UPM Journals Facebook
Established 1978 · Universiti Putra Malaysia Press

Research across disciplines. One Pertanika.

International peer-reviewed journals advancing research in tropical agriculture, science and technology, social sciences and humanities, with open scholarly access across the Pertanika family.

PJTAS Tropical Agricultural Science PJST Science & Technology PJSSH Social Sciences & Humanities
Chapter 8 · Pertanika Book Series

EPISTEMOLOGI ISLAM DAN SUFISME DALAM NOVEL WAJAH SEORANG WANITA: REKONSTRUKSI JATI DIRI DAN KETAHANAN INTELEKTUAL WANITA MELAYU

English titleIslamic Epistemology and Sufism in the Novel Wajah Seorang Wanita: Reconstructing the Identity and Intellectual Resilience of Malay Women

Nordin Mat Ali1, Mohd Firdaus Che Yaacob2

Tradisi Naratif, Bahasa dan Jati Diri: Akal Budi, Nilai dan Warisan Alam Melayu 29 October 2026 Pages 153–176
Chapter content

Abstract

Bahasa Malaysia

Kesusasteraan Melayu bukan sekadar wadah kreativiti, tetapi turut menjadi wahana pembentukan ilmu, nilai, adab dan pandangan alam. Dalam konteks tradisi ini, ilmu dilihat bukan sekadar pengumpulan maklumat, sebaliknya berkaitan dengan pengenalan terhadap kedudukan sesuatu secara benar yang membawa kepada pembentukan adab (Al-Attas, 1993). Dalam tradisi persuratan Melayu-Islam, pengalaman manusia lazimnya dihubungkan dengan persoalan ketuhanan, tanggungjawab moral dan kedudukan manusia sebagai hamba serta khalifah Allah. Hubungan ini mencerminkan integrasi antara dimensi intelektual, spiritual dan moral yang bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang (Hasib & Khasanah, 2025; Syihabuddin & Hasyim, 2026). Oleh itu, karya sastera dapat dibaca sebagai wacana epistemologi yang memperlihatkan cara manusia memperoleh, mengesahkan, mengamalkan dan memindahkan pengetahuan. Pendekatan ini selaras dengan perkembangan mutakhir dalam epistemologi Islam yang menegaskan bahawa proses pembentukan ilmu berlaku melalui kesepaduan dimensi rasional, empirikal dan spiritual (Al-Attas, 1993; Hasib & Khasanah, 2025).
Wajah Seorang Wanita karya S. Othman Kelantan diterbitkan pertama kali pada tahun 1990. Novel ini mengangkat pengalaman keluarga dan memusatkan ingatan narator terhadap sosok ibu yang menjadi teras emosi, agama dan pendidikan keluarga. Bahan primer yang dilampirkan memperlihatkan ibu bukan sahaja sebagai simbol kasih sayang, tetapi sebagai pemilik ilmu agama, pengajar al-Quran, pembimbing akhlak dan penghubung antara keluarga dengan masyarakat kampung (Othman Kelantan, 1990). Kajian terdahulu telah membuktikan bahawa watak Siti Musalmah menepati etika tu’minubillah atau transendensi melalui akidah, ibadah, akhlak, syariat dan muamalat (Tuan Rusmawati Raja Hassan et al., 2018). Penelitian lain menunjukkan bahawa watak tersebut mempunyai kemandirian ekonomi dan ciri kepimpinan dalam dimensi pentadbiran, pendidikan serta ekonomi (Beden, 2020; Tuan Rusmawati Raja Hassan & Safei, 2018). Namun demikian, kekuatan spiritual, pendidikan dan kepimpinan tersebut masih perlu dirangkaikan sebagai satu struktur ilmu yang bersepadu. Kajian semasa menyokong kepentingan hubungan antara spiritualiti dengan daya tahan. Rodi et al. (2023) menegaskan bahawa epistemologi sufi kontemporari bertunjangkan al-Quran dan sunnah, penyucian jiwa, tauhid serta keadilan. Yusof et al. (2025) pula menemukan bahawa iman, ibadah, penyucian jiwa, sokongan sosial dan kemahiran hidup merupakan unsur penting ketahanan wanita menurut perspektif al-Quran. Berdasarkan landasan ini, artikel menghujahkan bahawa Siti Musalmah ialah subjek epistemik: wanita yang bukan sahaja menerima ilmu, bahkan mentafsir pengalaman, menghasilkan kebijaksanaan praktikal dan memindahkan pengetahuan kepada keluarga serta masyarakat.

English

Malay literature is not only a vehicle of creativity but also of knowledge, values, adab and worldview. In this tradition, knowledge is not seen as an accumulation of information but as the recognition of the true place of things, which leads to the formation of adab (Al-Attas, 1993). In the Malay-Islamic literary tradition, human experience is usually connected with questions of the divine, moral responsibility and the human position as servant and vicegerent of Allah. This connection reflects the integration of intellectual, spiritual and moral dimensions aimed at producing balanced individuals (Hasib & Khasanah, 2025; Syihabuddin & Hasyim, 2026). Literary works can therefore be read as epistemological discourses that show how people acquire, validate, practise and transmit knowledge. This approach accords with recent developments in Islamic epistemology, which hold that knowledge is formed through the integration of rational, empirical and spiritual dimensions (Al-Attas, 1993; Hasib & Khasanah, 2025).
Wajah Seorang Wanita by S. Othman Kelantan was first published in 1990. The novel presents a family's experience and centres the narrator's memories on the figure of the mother, the emotional, religious and educational core of the family. The primary material shows the mother not only as a symbol of love but also as a holder of religious knowledge, a Quran teacher, a moral guide and a link between the family and the village community (Othman Kelantan, 1990). Earlier studies have shown that the character Siti Musalmah embodies the ethic of tu'minubillah, or transcendence through creed, worship, morals, shariah and muamalat (Tuan Rusmawati Raja Hassan et al., 2018). Other research shows that she has economic independence and leadership qualities in administration, education and the economy (Beden, 2020; Tuan Rusmawati Raja Hassan & Safei, 2018). However, her spiritual, educational and leadership strengths still need to be connected as a single integrated structure of knowledge. Current research supports the importance of the relationship between spirituality and resilience. Rodi et al. (2023) argue that contemporary Sufi epistemology is grounded in the Quran and sunnah, purification of the soul, tauhid and justice, and Yusof et al. (2025) find that faith, worship, purification of the soul, social support and life skills are important elements of women's resilience from the Quranic perspective. On this basis, the article argues that Siti Musalmah is an epistemic subject: a woman who not only receives knowledge but interprets experience, produces practical wisdom and transmits knowledge to her family and community.

Contributors

Affiliations

  1. 1Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan, Malaysia
  2. 2Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan, Malaysia
Publication record

Bibliographic details

Book
Tradisi Naratif, Bahasa dan Jati Diri: Akal Budi, Nilai dan Warisan Alam Melayu
Editors
Mohd Firdaus Che Yaacob
Chapter
8
Pages
153–176
Publisher
Penerbit Universiti Putra Malaysia
Published
29 October 2026
E-ISBN
9786297114521