Pertanika Journals · Universiti Putra Malaysia Press
Pertanika UPM Journals Facebook
Established 1978 · Universiti Putra Malaysia Press

Research across disciplines. One Pertanika.

International peer-reviewed journals advancing research in tropical agriculture, science and technology, social sciences and humanities, with open scholarly access across the Pertanika family.

PJTAS Tropical Agricultural Science PJST Science & Technology PJSSH Social Sciences & Humanities
Chapter 10 · Pertanika Book Series

KONSEP SEJARAH SOSIOBUDAYA DALAM CERITA RAKYAT ORANG ASLI TEMIAR DI GUA MUSANG, KELANTAN

English titleSocio-Cultural History in the Folk Tales of the Temiar Orang Asli of Gua Musang, Kelantan

Mohd Firdaus Che Yaacob1, Wan Muhammad Wan Abdul Aziz2, Mazlina Pati Khan3, Nor Syazwani Mat Salleh4

Tradisi Naratif, Bahasa dan Jati Diri: Akal Budi, Nilai dan Warisan Alam Melayu 29 October 2026 Pages 200–222
Chapter content

Abstract

Bahasa Malaysia

Cerita rakyat merupakan khazanah lisan yang bukan sekadar berfungsi sebagai hiburan rekreasi, malah bertindak sebagai sebuah arkib sejarah yang merakamkan evolusi cara hidup sesebuah komuniti (Tuah, 2022). Cerita rakyat tidak dimiliki oleh mana-mana individu, sebaliknya diiktiraf sebagai khazanah dan identiti kepunyaan seluruh komuniti tersebut (Yaacob, 2022). Oleh sebab cerita rakyat dicipta pada zaman dahulu sebelum wujudnya sistem tulisan, nama pencipta pertama tidak pernah direkodkan. Cerita tersebut disebarkan dari mulut ke mulut secara semula jadi. Ketiadaan nama pengarang ini menyebabkan cerita itu secara automatik menjadi hak milik mutlak masyarakat yang mengamalkannya. Menurut Alezender & Karimon (2024) cerita rakyat boleh disampaikan oleh sesiapa sahaja dalam komuniti tersebut. Mereka berhak untuk menceritakan semula kisah itu. Malah, pencerita dibenarkan melakukan tokok tambah, mengubah suai watak, atau menyesuaikan latar tempat mengikut kreativiti mereka dan kesesuaian penonton pada waktu tersebut. Kebebasan ini wujud kerana tiada undang-undang “hak cipta” individu yang mengikat struktur cerita rakyat.
Cerita rakyat juga digambarkan sebagai plot dan pengajaran dalam cerita kolektif yang mencerminkan aspirasi, sistem nilai, kepercayaan, dan norma moral yang dipersetujui bersama oleh seluruh masyarakat (Yusoff et al., 2021). Kenyataan ini di sokong olah (Yaacob et al., 2026a, 2026b, 2026c, 2026d). Jika sesebuah cerita itu membawa idea yang bertentangan dengan norma budaya setempat, cerita itu biasanya akan ditolak oleh komuniti dan akan pupus dengan sendirinya daripada ingatan masyarakat. Hal ini kerana cerita rakyat dalam sifatnya yang kolektif bertindak sebagai ejen pengikat sosial. Apabila seluruh komuniti berkongsi, mendengar, dan mempercayai naratif yang sama, hal ini akan mewujudkan rasa kekitaan dan mengukuhkan jati diri kelompok mereka daripada ancaman luar. Maka, Yaacob (2021) penyampaian cerita rakyat adalah tidak asing, sebaliknya menjadi cerminan langsung kepada ruang fizikal dan budaya tempatan komuniti tersebut. Hal ini kerana cerita rakyat sering menggunakan nama-nama tempat, sungai, bukit, atau gua yang benar-benar wujud di persekitaran mereka sebagai latar peristiwa. Penggunaan nama geografi tempatan ini bertujuan untuk memberikan elemen realisme, sekaligus membuatkan komuniti berasa dekat dengan cerita tersebut dan mempercayai kewujudan impak sejarahnya.

English

Folk tales are an oral treasure that serve not only as recreation but also as a historical archive recording the evolution of a community's way of life (Tuah, 2022). They are not owned by any individual but are recognised as the heritage and identity of the whole community (Yaacob, 2022). Because folk tales were created in the distant past, before writing systems existed, the names of their first creators were never recorded; the stories spread naturally by word of mouth. The absence of an author's name makes a story the property of the community that keeps it. According to Alezender and Karimon (2024), anyone in the community may tell a folk tale and has the right to retell it. Storytellers may even add to it, modify the characters or adapt the setting according to their creativity and the audience of the moment. This freedom exists because no individual “copyright” binds the structure of a folk tale.
Folk tales are also described as the plots and lessons of collective stories that reflect the aspirations, value system, beliefs and moral norms agreed by the whole community (Yusoff et al., 2021), a view supported by Yaacob et al. (2026a, 2026b, 2026c, 2026d). A story that carries ideas contrary to local cultural norms is usually rejected by the community and fades from memory of its own accord, because folk tales, being collective, act as social glue. When a whole community shares, hears and believes the same narrative, a sense of belonging arises and the group's identity is strengthened against outside threats. Thus, for Yaacob (2021), the telling of folk tales is not foreign but a direct reflection of the community's physical and cultural space, since folk tales often use the names of real places, rivers, hills or caves in their surroundings as settings. Using local geographical names gives the stories realism and makes the community feel close to them and believe in their historical impact.

Contributors

Affiliations

  1. 1Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan, Universiti Malaysia Kelantan, 16300 Bachok, Kelantan, Malaysia
  2. 2Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Sultan Zainal Abidin, Kampus Gong Badak, 21300 Kuala Nerus, Terengganu, Malaysia
  3. 3Fakulti Sains Maklumat, Kampus Puncak Perdana, Universiti Teknologi Mara Cawangan Selangor, Malaysia
  4. 4Jabatan Seni dan Reka Bentuk, Fakulti Seni, Kelestarian dan Industri Kreatif, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
Publication record

Bibliographic details

Book
Tradisi Naratif, Bahasa dan Jati Diri: Akal Budi, Nilai dan Warisan Alam Melayu
Editors
Mohd Firdaus Che Yaacob
Chapter
10
Pages
200–222
Publisher
Penerbit Universiti Putra Malaysia
Published
29 October 2026
E-ISBN
9786297114521