Pertanika Journals · Universiti Putra Malaysia Press
Pertanika UPM Journals Facebook
Established 1978 · Universiti Putra Malaysia Press

Research across disciplines. One Pertanika.

International peer-reviewed journals advancing research in tropical agriculture, science and technology, social sciences and humanities, with open scholarly access across the Pertanika family.

PJTAS Tropical Agricultural Science PJST Science & Technology PJSSH Social Sciences & Humanities
Chapter 4 · Pertanika Book Series

Kerja Domestik Tanpa Upah, Masa Depan Tanpa Jaminan? Pengiktirafan Kerja Domestik Wanita dan Perlindungan Sosial Suri Rumah di Malaysia

English titleUnpaid Domestic Work, an Unsecured Future? Recognising Women's Domestic Work and Social Protection for Housewives in Malaysia

Harn Shian Boo, Tian Wang

Kesejahteraan Sosial, Komuniti dan Pembangunan Inklusif 29 October 2026 Pages 66–82
Keywordskerja domestik tidak berbayar; suri rumah; keselamatan ekonomi; perlindungan sosial; i-Suri; i-Sayang; SKSSR
Keywords (English)unpaid domestic work; housewives; economic security; social protection; i-Suri; i-Sayang; SKSSR
Chapter content

Abstract

Bahasa Malaysia

Kerja domestik tidak berbayar memastikan makanan tersedia, rumah terurus dan ahli keluarga menerima penjagaan, tetapi sumbangan ini sering tidak dianggap sebagai kerja sebenar kerana tidak menghasilkan gaji. Di Malaysia, wanita memperuntukkan lebih banyak masa kepada kerja domestik dan penjagaan tidak berbayar serta membentuk majoriti penduduk di luar tenaga buruh. Keadaan ini menghasilkan paradoks gender: wanita dituntut memenuhi tanggungjawab domestik, namun pelaksanaan tanggungjawab tersebut boleh mengurangkan pendapatan, caruman persaraan dan keselamatan ekonomi mereka. Bab ini meneliti bagaimana ketiadaan upah menyebabkan kerja domestik kurang kelihatan dan meningkatkan kebergantungan ekonomi, khususnya dalam kalangan suri rumah. Tumpuan diberikan kepada i-Suri, i-Sayang dan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) sebagai tiga bentuk pengiktirafan institusi melalui simpan persaraan, pemindahan caruman pasangan dan perlindungan risiko domestik. Statistik penyertaan menunjukkan kemajuan, tetapi anggaran proksi liputan masih rendah berbanding skala wanita yang mungkin memerlukan perlindungan. Bab ini berhujah bahawa penghargaan simbolik perlu diterjemahkan kepada hak ekonomi, simpanan atas nama wanita sendiri dan perlindungan sosial yang lebih luas.

English

Unpaid domestic work ensures that food is on the table, the home is kept and family members are cared for, yet it is often not regarded as real work because it earns no wage. In Malaysia, women spend more time on unpaid domestic and care work and make up the majority of the population outside the labour force. This creates a gender paradox: women are expected to fulfil domestic responsibilities, yet doing so can reduce their income, retirement contributions and economic security. This chapter examines how the absence of a wage makes domestic work less visible and increases economic dependence, particularly among housewives. It focuses on i-Suri, i-Sayang and the Housewives' Social Security Scheme (SKSSR) as three forms of institutional recognition, through retirement savings, the transfer of a spouse's contributions and protection against domestic risks. Participation statistics show progress, but proxy estimates of coverage remain low relative to the number of women who may need protection. The chapter argues that symbolic appreciation must be translated into economic rights, savings in women's own names and broader social protection.

Contributors

Affiliations

  1. Program Antropologi dan Sosiologi, Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia
Publication record

Bibliographic details

Book
Kesejahteraan Sosial, Komuniti dan Pembangunan Inklusif
Editors
Paramjit Singh Jamir Singh, Mohamad Shaharudin Samsurijan
Chapter
4
Pages
66–82
Publisher
Penerbit Universiti Putra Malaysia
Published
29 October 2026
E-ISBN
9786297114590