Pertanika Journals · Universiti Putra Malaysia Press
Pertanika UPM Journals Facebook
Established 1978 · Universiti Putra Malaysia Press

Research across disciplines. One Pertanika.

International peer-reviewed journals advancing research in tropical agriculture, science and technology, social sciences and humanities, with open scholarly access across the Pertanika family.

PJTAS Tropical Agricultural Science PJST Science & Technology PJSSH Social Sciences & Humanities
Chapter 11 · Pertanika Book Series

KEBERKESANAN PELAKSANAAN PROGRAM RANCANGAN TANAM BARU BERKELOMPOK TERHADAP PENDUDUK TANAH MERAH, KELANTAN

English titleThe Effectiveness of the Clustered New Planting Scheme (RTBB) for the People of Tanah Merah, Kelantan

Ummairah Retno Kharisa Indira, Nur Awanis Mohamad Mahayudin, Mohamad Shaharudin Samsurijan, Paramjit Singh Jamir Singh

Kesejahteraan Sosial, Komuniti dan Pembangunan Inklusif 29 October 2026 Pages 220–236
Chapter content

Abstract

Bahasa Malaysia

Sektor pertanian dan perladangan merupakan antara penyumbang penting kepada pembangunan ekonomi luar bandar di Malaysia. Bagi pekebun kecil, pengeluaran hasil pertanian yang mampan sering berhadapan dengan pelbagai cabaran seperti produktiviti yang rendah, penggunaan teknologi yang terhad, saiz kebun yang kecil dan pengurusan ladang yang kurang sistematik (Parveez, et al., 2023). Bagi memastikan sektor ini terus berkembang dan mampu meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar, pelbagai inisiatif telah diperkenalkan oleh kerajaan, termasuk program pembangunan dan pemulihan tanaman yang bertujuan meningkatkan hasil pengeluaran serta pendapatan pekebun kecil. Salah satu inisiatif yang diperkenalkan ialah Program Rancangan Tanam Baru Berkelompok (RTBB). Program ini merupakan satu pendekatan pembangunan pertanian yang melibatkan pengurusan tanaman secara berkelompok dalam kalangan pekebun kecil bagi meningkatkan kecekapan pengurusan ladang, produktiviti tanaman dan pendapatan peserta. Melalui konsep berkelompok, peserta program dapat memanfaatkan penggunaan teknologi pertanian, khidmat nasihat teknikal, pengurusan ladang yang lebih tersusun dan ekonomi skala yang mampu mengurangkan kos pengeluaran (Saeed, 2016). Pendekatan ini juga bertujuan menggalakkan kerjasama antara peserta serta meningkatkan keberkesanan pemantauan dan penyampaian bantuan oleh pihak agensi yang terlibat.
Di negeri Kelantan, daerah Tanah Merah merupakan antara kawasan yang mempunyai aktiviti pertanian dan perladangan yang signifikan dalam menyokong ekonomi masyarakat setempat. Pelaksanaan Program Rancangan Tanam Baru Berkelompok di kawasan ini dilihat sebagai satu usaha untuk memperkasakan pekebun kecil melalui peningkatan produktiviti tanaman dan pengukuhan pendapatan isi rumah. Selain membantu meningkatkan hasil pertanian, program ini turut berpotensi menyumbang kepada pembangunan sosial dan ekonomi komuniti luar bandar melalui pengwujudan peluang pekerjaan serta peningkatan kesejahteraan hidup masyarakat (Tay et al., 2024). Walau bagaimanapun, keberkesanan sesuatu program pembangunan tidak hanya diukur berdasarkan pelaksanaannya semata-mata, tetapi juga melalui sejauh mana program tersebut berjaya mencapai objektif yang telah ditetapkan. Keberkesanan Program Rancangan Tanam Baru Berkelompok boleh dinilai melalui pelbagai aspek seperti peningkatan hasil pengeluaran, perubahan pendapatan peserta, tahap penerimaan masyarakat, keberkesanan sistem pengurusan berkelompok serta tahap kepuasan peserta terhadap pelaksanaan program tersebut (Parveez, et al., 2023). Oleh itu, penilaian terhadap keberkesanan program ini amat penting bagi mengenal pasti kekuatan dan kelemahan pelaksanaannya serta memastikan manfaat yang diperoleh benar-benar dapat dinikmati oleh golongan sasaran.

English

Agriculture and plantations are important contributors to rural economic development in Malaysia. Sustainable production by smallholders often faces challenges such as low productivity, limited use of technology, small holdings and unsystematic farm management (Parveez et al., 2023). To keep the sector growing and to raise the living standards of rural communities, the government has introduced various initiatives, including crop development and rehabilitation programmes aimed at increasing smallholders' output and income. One of these is the Clustered New Planting Scheme (Program Rancangan Tanam Baru Berkelompok, RTBB), an agricultural development approach in which smallholders manage their crops in clusters to improve farm management efficiency, crop productivity and participants' income. Through clustering, participants can benefit from agricultural technology, technical advisory services, better-organised farm management and economies of scale that reduce production costs (Saeed, 2016). The approach also encourages cooperation between participants and makes monitoring and the delivery of assistance by the agencies involved more effective.
In Kelantan, the Tanah Merah district is among the areas with significant agricultural and plantation activity supporting the local economy. The implementation of the RTBB there is seen as an effort to empower smallholders by increasing crop productivity and strengthening household income. Besides raising output, the programme may contribute to the social and economic development of rural communities by creating jobs and improving well-being (Tay et al., 2024). However, the effectiveness of a development programme is measured not only by its implementation but by how far it achieves its objectives. The effectiveness of the RTBB can be assessed through increased output, changes in participants' income, community acceptance, the effectiveness of cluster management and participants' satisfaction with the programme (Parveez et al., 2023). Evaluating its effectiveness is therefore important to identify the strengths and weaknesses of its implementation and to ensure that its benefits truly reach the target group.

Contributors

Affiliations

  1. Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia
Publication record

Bibliographic details

Book
Kesejahteraan Sosial, Komuniti dan Pembangunan Inklusif
Editors
Paramjit Singh Jamir Singh, Mohamad Shaharudin Samsurijan
Chapter
11
Pages
220–236
Publisher
Penerbit Universiti Putra Malaysia
Published
29 October 2026
E-ISBN
9786297114590