Dasar Tenaga Di Malaysia Dan Kajian Kes Pelaksanaannya
English titleEnergy Policy in Malaysia and Case Studies of Its Implementation
Abstract
Peralihan tenaga merupakan agenda strategik Malaysia dalam mencapai sasaran pelepasan karbon sifar bersih menjelang tahun 2050. Bab ini bertujuan menganalisis dasar tenaga Malaysia serta menilai pelaksanaan inisiatif utama seperti Dasar Tenaga Negara 2022–2040 dan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) dalam memperkukuh pembangunan tenaga boleh baharu. Kajian menggunakan pendekatan kualitatif melalui analisis dokumen dasar, laporan rasmi kerajaan serta sorotan literatur terkini berkaitan dasar tenaga dan pembangunan lestari. Analisis menunjukkan bahawa Malaysia telah membangunkan kerangka dasar yang komprehensif bagi mempercepatkan penggunaan tenaga boleh baharu, khususnya tenaga solar, hidrogen hijau dan sistem penyimpanan tenaga. Walau bagaimanapun, pelaksanaannya masih berdepan beberapa cabaran seperti kekangan kapasiti grid elektrik, kos pelaburan yang tinggi, ketidakstabilan dasar, keterbatasan pembiayaan hijau, kekurangan tenaga mahir serta kebergantungan berterusan kepada bahan api fosil. Kajian ini turut mendapati bahawa kejayaan peralihan tenaga memerlukan penyelarasan dasar yang lebih bersepadu antara kerajaan, sektor swasta, institusi kewangan dan institusi penyelidikan bagi memperkukuhkan inovasi teknologi, pembangunan modal insan dan mekanisme pembiayaan yang mampan. Secara keseluruhannya, dapatan kajian mencadangkan bahawa transformasi sistem tenaga negara memerlukan pendekatan yang holistik dengan mengintegrasikan dimensi ekonomi, sosial, teknologi dan alam sekitar bagi memastikan keselamatan tenaga, daya saing ekonomi dan pencapaian Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs).
The energy transition is a strategic agenda for Malaysia in achieving its target of net-zero carbon emissions by 2050. This chapter aims to analyse Malaysia's energy policy and to evaluate the implementation of key initiatives such as the National Energy Policy 2022–2040 and the National Energy Transition Roadmap (NETR) in strengthening the development of renewable energy. The study adopts a qualitative approach based on an analysis of policy documents, official government reports and recent literature on energy policy and sustainable development. The analysis shows that Malaysia has developed a comprehensive policy framework to accelerate the uptake of renewable energy, particularly solar energy, green hydrogen and energy storage systems. However, implementation still faces several challenges, including limited electricity grid capacity, high investment costs, policy instability, limited green financing, a shortage of skilled workers and continued dependence on fossil fuels. The study also finds that a successful energy transition requires more integrated policy coordination between government, the private sector, financial institutions and research institutions to strengthen technological innovation, human capital development and sustainable financing mechanisms. Overall, the findings suggest that transforming the national energy system requires a holistic approach that integrates economic, social, technological and environmental dimensions in order to ensure energy security, economic competitiveness and the achievement of the Sustainable Development Goals (SDGs).
Affiliations
- 1Pusat Pengajian Kerajaan, Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah
Bibliographic details
- Book
- Etika dalam Pembangunan
- Editors
- Tuan Pah Rokiah Syed Hussain, Nur Aili Hanim Hanafiah, Noranida Mokthsim
- Chapter
- 5
- Pages
- 75–101
- Publisher
- Penerbit Universiti Putra Malaysia
- Published
- 1 October 2026
- E-ISBN
- 9786297114002
- Book DOI
- 10.47836/pbs.002


