Transformasi Digital Hospital dalam Pembangunan Pelancongan Perubatan: Membina Ekosistem Komunikasi Pesakit Antarabangsa Melalui Strategi Komunikasi Pemasaran
English titleThe Digital Transformation of Hospitals in Medical Tourism Development: Building an International Patient Communication Ecosystem through Marketing Communication Strategies
Abstract
Persaingan antara hospital untuk menarik pesakit antarabangsa kian sengit. Perkembangan pelancongan perubatan (medical tourism) mendorong keadaan ini, dan transformasi digital menjadi salah satu kunci daya saing perkhidmatan kesihatan. Transformasi digital telah mengubah landskap industri kesihatan secara fundamental sehingga hospital tidak lagi dilihat semata-mata sebagai penyedia perkhidmatan kesihatan, tetapi juga sebagai organisasi yang mampu membina pengalaman pesakit (patient experience), meningkatkan kepercayaan (trust) dan mencipta nilai melalui pemanfaatan teknologi digital (Kraus et al., 2021; Verhoef et al., 2021). Perubahan ini berlaku seiring dengan peningkatan mobiliti masyarakat global, kemajuan teknologi maklumat serta integrasi sektor kesihatan dengan industri pelancongan yang melahirkan fenomena pelancongan perubatan. Sebagai salah satu sektor yang berkembang paling pesat di dunia, nilai pasaran pelancongan perubatan diunjurkan meningkat daripada AS$4.5 bilion pada tahun 2022 kepada AS$43.7 bilion menjelang tahun 2030 (Ganesh, 2026), dengan lebih 14 juta pesakit melakukan perjalanan rentas negara setiap tahun untuk mendapatkan rawatan kesihatan (Borders, 2022). Kajian terkini menunjukkan bahawa daya saing pelancongan perubatan bukan sahaja ditentukan oleh kualiti perkhidmatan perubatan, tetapi juga oleh kompetensi doktor, akreditasi, reputasi institusi serta strategi pemasaran destinasi (Yılmaz & Güneren, 2023).
Indonesia mempunyai potensi besar untuk membangunkan pelancongan perubatan menerusi kekayaan destinasi pelancongan, kos rawatan kesihatan yang kompetitif serta peningkatan mutu hospital. Kerajaan Indonesia juga sedang menggalakkan pembangunan Pelancongan Kesejahteraan dan Penjagaan Kesihatan Indonesia sebagai satu bentuk integrasi antara sektor kesihatan dan pelancongan. Walau bagaimanapun, aliran pesakit Indonesia yang masih memilih untuk mendapatkan rawatan di luar negara menunjukkan bahawa daya saing hospital tempatan masih perlu diperkukuh. Dalam konteks ini, transformasi digital telah mengubah paradigma komunikasi hospital daripada sekadar medium promosi kepada sistem komunikasi bersepadu yang merangkumi laman web, media sosial, pengoptimuman enjin carian, telekonsultasi dan komunikasi mulut ke mulut secara elektronik (e-WOM). Walau bagaimanapun, kebanyakan hospital masih tertumpu pada pendigitalan medium promosi, manakala usaha membina ekosistem komunikasi pesakit antarabangsa, menyediakan komunikasi penjagaan kesihatan berbilang bahasa serta mewujudkan kepercayaan digital bagi pesakit antarabangsa masih belum berkembang secara optimum. Kajian terdahulu juga kebanyakannya membincangkan kualiti perkhidmatan, strategi pemasaran atau penggunaan media digital secara berasingan, keadaan ini menyebabkan kajian yang mengintegrasikan transformasi digital dengan pembangunan komunikasi pesakit antarabangsa dalam pelancongan perubatan masih terhad, khususnya di hospital kerajaan di Indonesia.
Competition between hospitals to attract international patients is becoming increasingly intense. The growth of medical tourism is driving this situation, and digital transformation has become one of the keys to the competitiveness of health services. Digital transformation has fundamentally changed the landscape of the healthcare industry, so that hospitals are no longer seen merely as providers of health services, but also as organisations capable of building patient experience, increasing trust and creating value through the use of digital technology (Kraus et al., 2021; Verhoef et al., 2021). This change has taken place alongside the growing mobility of the global population, advances in information technology and the integration of the health sector with the tourism industry, which together have given rise to the phenomenon of medical tourism. As one of the fastest-growing sectors in the world, the market value of medical tourism is projected to rise from US$4.5 billion in 2022 to US$43.7 billion by 2030 (Ganesh, 2026), with more than 14 million patients travelling across borders each year to obtain healthcare (Borders, 2022). Recent studies show that the competitiveness of medical tourism is determined not only by the quality of medical services, but also by the competence of doctors, accreditation, institutional reputation and destination marketing strategies (Yılmaz & Güneren, 2023).
Indonesia has great potential to develop medical tourism through its wealth of tourist destinations, competitive healthcare costs and improving hospital quality. The Indonesian government is also promoting the development of Indonesian Wellness and Healthcare Tourism as a form of integration between the health and tourism sectors. However, the flow of Indonesian patients who still choose to seek treatment abroad shows that the competitiveness of local hospitals needs to be strengthened. In this context, digital transformation has changed the communication paradigm of hospitals from a mere promotional medium into an integrated communication system that includes websites, social media, search engine optimisation, teleconsultation and electronic word-of-mouth (e-WOM). Most hospitals, however, remain focused on digitising their promotional media, while efforts to build an international patient communication ecosystem, provide multilingual healthcare communication and establish digital trust for international patients have not yet developed optimally. Previous studies have also mostly discussed service quality, marketing strategies or the use of digital media separately; as a result, research that integrates digital transformation with the development of international patient communication in medical tourism remains limited, particularly in government hospitals in Indonesia.
Affiliations
- Pusat Pengajian Pengurusan, Universiti Sains Malaysia
Bibliographic details
- Book
- Transformasi Digital dan Inovasi: Perspektif Kontemporari dalam Pemasaran, Komunikasi dan Teknologi
- Editors
- Siti Hasnah Hassan, Mohd Faiz Hilmi, Murni Yusoff
- Chapter
- 2
- Pages
- 28–49
- Publisher
- Penerbit Universiti Putra Malaysia
- Published
- 20 October 2026
- E-ISBN
- 9786297114231


