Sinergi Pengiklanan dan Komunikasi Mulut ke Mulut Elektronik (eWOM) dalam Pembentukan Imej Korporat
English titleThe Synergy of Advertising and Electronic Word-of-Mouth (eWOM) in Shaping Corporate Image
Abstract
Perkembangan teknologi digital telah mengubah landskap komunikasi pemasaran daripada komunikasi sehala yang dikawal organisasi kepada ekosistem komunikasi yang lebih terbuka dan interaktif. Dalam persekitaran ini, pengiklanan berfungsi sebagai komunikasi janaan firma (FGC), manakala komunikasi mulut ke mulut secara elektronik (eWOM) bertindak sebagai bentuk komunikasi janaan pengguna (UGC). Walaupun kedua-duanya mempunyai pengaruh terhadap persepsi masyarakat, hubungan antara komunikasi organisasi dan komunikasi pengguna dalam pembentukan imej korporat masih kurang diberi perhatian secara bersepadu. Sehubungan itu, bab ini bertujuan meneroka sinergi antara pengiklanan dan eWOM dalam pembentukan imej korporat melalui analisis dokumen terhadap sumber ilmiah berkaitan. Perbincangan menunjukkan bahawa imej korporat terbentuk melalui interaksi antara mesej yang disampaikan organisasi dengan pengalaman, penilaian dan perkongsian pengguna. Hubungan FGC dan UGC boleh dalam pelbagai bentuk yang mampu dan saling mengukuhkan, melengkapi atau bercanggah bergantung pada keselarasan kandungan dengan pengalaman pengguna. Berdasarkan sintesis tersebut, satu model sinergi dicadangkan untuk menjelaskan lima situasi FGC dan UGC serta implikasinya terhadap imej korporat. Bab ini turut menekankan kepentingan komunikasi yang telus, beretika dan konsisten dalam mengurus imej korporat dalam ekosistem digital.
The development of digital technology has changed the landscape of marketing communication from one-way communication controlled by the organisation to a more open and interactive communication ecosystem. In this environment, advertising functions as firm-generated content (FGC), while electronic word-of-mouth (eWOM) acts as a form of user-generated content (UGC). Although both influence public perceptions, the relationship between organisational communication and consumer communication in shaping corporate image has received little integrated attention. This chapter therefore explores the synergy between advertising and eWOM in shaping corporate image through a documentary analysis of the relevant scholarly sources. The discussion shows that corporate image is formed through the interaction between the messages conveyed by the organisation and the experiences, evaluations and sharing of consumers. The relationship between FGC and UGC can take various forms, in which they reinforce, complement or contradict one another depending on how well the content aligns with consumer experience. Based on this synthesis, a synergy model is proposed to explain five FGC and UGC situations and their implications for corporate image. The chapter also emphasises the importance of transparent, ethical and consistent communication in managing corporate image within the digital ecosystem.
Affiliations
- 1Jabatan Pengajian Umum, Point College
- 2Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam, Universiti Sains Malaysia
Bibliographic details
- Book
- Transformasi Digital dan Inovasi: Perspektif Kontemporari dalam Pemasaran, Komunikasi dan Teknologi
- Editors
- Siti Hasnah Hassan, Mohd Faiz Hilmi, Murni Yusoff
- Chapter
- 6
- Pages
- 124–142
- Publisher
- Penerbit Universiti Putra Malaysia
- Published
- 20 October 2026
- E-ISBN
- 9786297114231


