Transformasi Digital sebagai Keupayaan Dinamik untuk Memperkukuhkan Daya Tahan Usahawan: Ulasan Integratif dan Kerangka Konseptual
English titleDigital Transformation as a Dynamic Capability for Strengthening Entrepreneurial Resilience: An Integrative Review and Conceptual Framework
Abstract
Perusahaan mikro, kecil dan sederhana merupakan komponen penting dalam struktur ekonomi dan pasaran buruh. Di Malaysia, keluaran dalam negeri kasar perusahaan mikro, kecil dan sederhana berkembang sebanyak 5.8 peratus pada tahun 2024 dan menyumbang 39.5 peratus kepada ekonomi negara. Sektor ini turut menyumbang 48.7 peratus daripada keseluruhan guna tenaga pada tahun yang sama (Jabatan Perangkaan Malaysia, 2025). Kedudukan tersebut menunjukkan bahawa kesinambungan PKS bukan sekadar isu prestasi firma, malah berkaitan dengan kestabilan pendapatan isi rumah, peluang pekerjaan, pembangunan wilayah dan daya tahan ekonomi negara. Dari sudut struktur firma, perusahaan mikro, kecil dan sederhana merangkumi 96.1 peratus daripada keseluruhan pertubuhan perniagaan di Malaysia pada tahun 2024, dan lebih 70 peratus daripadanya merupakan perusahaan mikro (SME Corp. Malaysia, 2025). Kepekatan firma pada skala mikro membawa implikasi penting kepada transformasi digital: sebahagian besar perniagaan mempunyai pasukan kecil, pengkhususan tugas yang terhad dan keputusan yang sangat bergantung pada pemilik. Oleh itu, model digitalisasi yang sesuai untuk firma besar tidak boleh dipindahkan secara langsung kepada PKS tanpa mengambil kira kos, kemudahan penggunaan, masa pembelajaran dan kapasiti pengurusan perubahan.
Walau bagaimanapun, PKS lazimnya mempunyai sumber kewangan, tenaga mahir dan keupayaan teknologi yang lebih terhad berbanding firma besar. Kekangan ini meningkatkan pendedahan mereka terhadap kejutan ekonomi, gangguan rantaian bekalan, perubahan kehendak pelanggan, ancaman keselamatan siber dan kemunculan teknologi baharu. Pengalaman pandemik COVID-19 memperlihatkan bahawa firma yang bergantung sepenuhnya pada operasi fizikal dan saluran jualan tradisional menghadapi kesukaran yang lebih besar untuk mengekalkan hubungan dengan pelanggan dan meneruskan transaksi. Sebaliknya, penggunaan e-dagang, pembayaran digital, sistem awan dan alat kolaborasi jarak jauh membantu sebahagian PKS mengekalkan operasi dan menyesuaikan model perniagaan mereka (OECD, 2021; Li et al., 2018). Transformasi digital tidak seharusnya difahami sebagai pembelian teknologi semata-mata. Transformasi ini melibatkan perubahan pada strategi, proses kerja, struktur organisasi, cara membuat keputusan, hubungan dengan pelanggan dan penciptaan nilai. Oleh itu, sebuah firma boleh menggunakan perisian digital tanpa benar-benar mengalami transformasi sekiranya teknologi tersebut tidak disepadukan dengan proses, kemahiran dan model perniagaan. Kajian Li et al. (2018) menunjukkan bahawa transformasi digital PKS memerlukan pembaharuan kognisi pengurusan, pembangunan modal sosial pengurus, pembentukan pasukan dan pembangunan keupayaan organisasi. (Penilai 2, Komen 3)
Micro, small and medium enterprises are an important component of the economic structure and the labour market. In Malaysia, the gross domestic product of micro, small and medium enterprises grew by 5.8 per cent in 2024 and contributed 39.5 per cent of the national economy. The sector also accounted for 48.7 per cent of total employment in the same year (Department of Statistics Malaysia, 2025). This position shows that the continuity of SMEs is not merely a question of firm performance, but is also tied to the stability of household incomes, employment opportunities, regional development and the resilience of the national economy. In terms of firm structure, micro, small and medium enterprises made up 96.1 per cent of all business establishments in Malaysia in 2024, and more than 70 per cent of these were micro enterprises (SME Corp. Malaysia, 2025). This concentration of firms at the micro scale has important implications for digital transformation: most businesses have small teams, limited specialisation of tasks and decisions that depend heavily on the owner. Digitalisation models suited to large firms therefore cannot be transferred directly to SMEs without taking account of cost, ease of use, learning time and capacity to manage change.
However, SMEs usually have more limited financial resources, skilled labour and technological capability than large firms. These constraints increase their exposure to economic shocks, supply chain disruptions, changing customer demands, cybersecurity threats and the emergence of new technologies. The experience of the COVID-19 pandemic showed that firms which relied entirely on physical operations and traditional sales channels faced greater difficulty in maintaining relationships with customers and continuing to trade. By contrast, the use of e-commerce, digital payments, cloud systems and remote collaboration tools helped some SMEs to keep operating and to adapt their business models (OECD, 2021; Li et al., 2018). Digital transformation should not be understood merely as the purchase of technology. It involves changes in strategy, work processes, organisational structure, decision-making, customer relationships and value creation. A firm may therefore use digital software without truly undergoing transformation if that technology is not integrated with its processes, skills and business model. The study by Li et al. (2018) shows that the digital transformation of SMEs requires the renewal of managerial cognition, the development of managers' social capital, team building and the development of organisational capabilities.
Affiliations
- Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan
- Universiti Sains Malaysia
Bibliographic details
- Book
- Transformasi Sosial, Digital dan Ekonomi ke Arah Pembangunan Mampan
- Editors
- Mohamad Shaharudin Samsurijan, Paramjit Singh Jamir Singh
- Chapter
- 8
- Pages
- 133–158
- Publisher
- Penerbit Universiti Putra Malaysia
- Published
- 15 October 2026
- E-ISBN
- 9786297114644


