Pertanika Journals · Universiti Putra Malaysia Press
Pertanika UPM Journals Facebook
Established 1978 · Universiti Putra Malaysia Press

Research across disciplines. One Pertanika.

International peer-reviewed journals advancing research in tropical agriculture, science and technology, social sciences and humanities, with open scholarly access across the Pertanika family.

PJTAS Tropical Agricultural Science PJST Science & Technology PJSSH Social Sciences & Humanities
Chapter 9 · Pertanika Book Series

Pembangunan Komuniti Orang Asli Kensiu daripada Perspektif Pendekatan Keupayaan

English titleThe Community Development of the Kensiu Orang Asli from the Perspective of the Capability Approach

Rosfaraliza Azura Ramli1, Nor Suzylah Sohaimi2, Mohamad Shaharudin Samsurijan3, Paramjit Singh Jamir Singh4, Khofizhoah Mohd Karim5

Transformasi Sosial, Digital dan Ekonomi ke Arah Pembangunan Mampan 15 October 2026 Pages 159–178
KeywordsOrang Asli Kensiu, pembangunan komuniti, Pendekatan Keupayaan, Amartya Sen, pembangunan inklusif.
Keywords (English)Kensiu Orang Asli, community development, Capability Approach, Amartya Sen, inclusive development.
Chapter content

Abstract

Bahasa Malaysia

Pembangunan komuniti Orang Asli biasanya dinilai melalui penyediaan kemudahan fizikal, infrastruktur serta pelaksanaan pelbagai program pembangunan. Namun begitu, pendekatan seperti ini tidak semestinya menunjukkan sejauh mana pembangunan yang dijalankan benar-benar meningkatkan keupayaan komuniti dalam menentukan kehidupan yang mereka anggap penting. Dalam kes komuniti Orang Asli Kensiu di Kampung Lubuk Legong, Baling, perbincangan berkaitan pembangunan komuniti masih banyak berfokus pada aspek budaya, bahasa dan warisan. Sementara itu, analisis yang menilai pembangunan dari sudut Pendekatan Keupayaan masih agak terhad. Sehubungan itu, penulisan ini bertujuan untuk menganalisis pembangunan komuniti Orang Asli Kensiu berdasarkan Pendekatan Keupayaan yang diperkenalkan oleh Amartya Sen. Penulisan ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui analisis kandungan terhadap artikel jurnal, buku, laporan kerajaan dan dokumen berkaitan. Perbincangan memberi tumpuan kepada empat dimensi utama, iaitu pendidikan, ekonomi, pemeliharaan budaya dan kebebasan membuat pilihan sebagai asas kepada pembinaan keupayaan komuniti. Penulisan ini berhujah bahawa pembangunan komuniti yang lestari seharusnya dinilai berdasarkan peluasan peluang, kebebasan dan keupayaan masyarakat untuk menentukan masa depan mereka sendiri tanpa mengabaikan identiti budaya. Berdasarkan dapatan tersebut, beberapa cadangan dikemukakan untuk memperkukuh pembangunan komuniti Orang Asli yang lebih inklusif, berdaya tahan dan berpusatkan komuniti.

English

The development of Orang Asli communities is usually assessed through the provision of physical amenities and infrastructure and the implementation of various development programmes. However, such approaches do not necessarily show the extent to which development actually increases the capability of communities to determine the lives they consider important. In the case of the Kensiu Orang Asli community in Kampung Lubuk Legong, Baling, discussions of community development still focus largely on culture, language and heritage, while analyses that assess development from the standpoint of the Capability Approach remain rather limited. This chapter therefore analyses the development of the Kensiu Orang Asli community on the basis of the Capability Approach introduced by Amartya Sen. It adopts a qualitative approach through a content analysis of journal articles, books, government reports and related documents. The discussion focuses on four main dimensions, namely education, the economy, cultural preservation and freedom of choice, as the foundations for building community capability. The chapter argues that sustainable community development should be judged by the expansion of the opportunities, freedoms and capabilities of a community to determine its own future without neglecting its cultural identity. On the basis of these findings, several recommendations are put forward to strengthen Orang Asli community development that is more inclusive, resilient and community-centred.

Contributors

Affiliations

  1. Pusat Pengajian Kerajaan, Universiti Utara Malaysia, 06010 Sintok, Kedah, Malaysia1,2,5
  2. Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang, Malaysia3,4
Publication record

Bibliographic details

Book
Transformasi Sosial, Digital dan Ekonomi ke Arah Pembangunan Mampan
Editors
Mohamad Shaharudin Samsurijan, Paramjit Singh Jamir Singh
Chapter
9
Pages
159–178
Publisher
Penerbit Universiti Putra Malaysia
Published
15 October 2026
E-ISBN
9786297114644