Pertanika Journals · Universiti Putra Malaysia Press
Pertanika UPM Journals Facebook
Established 1978 · Universiti Putra Malaysia Press

Research across disciplines. One Pertanika.

International peer-reviewed journals advancing research in tropical agriculture, science and technology, social sciences and humanities, with open scholarly access across the Pertanika family.

PJTAS Tropical Agricultural Science PJST Science & Technology PJSSH Social Sciences & Humanities
Chapter 1 · Pertanika Book Series

Memahami Penagihan Berulang: Faktor Risiko, Faktor Pelindung dan Cabaran Mengekalkan Kepulihan

English titleUnderstanding Relapse: Risk Factors, Protective Factors and the Challenges of Sustaining Recovery

Paramjit Singh Jamir Singh1, Azlinda Azman1, Shankar Durairaja2, Ahmad Nazir Long3

Daya Tahan Sosial, Kesihatan dan Budaya dalam Era Teknologi 28 October 2026 Pages 1–20
Chapter content

Abstract

Bahasa Malaysia

Penggunaan semula dadah selepas seseorang melalui rawatan dan pemulihan merupakan antara cabaran paling besar dalam usaha mencapai kepulihan yang berkekalan. Keadaan ini sering menimbulkan persoalan tentang keberkesanan sesuatu program rawatan. Ia juga boleh menyebabkan keluarga berasa kecewa dan hilang keyakinan terhadap kemampuan individu untuk berubah. Namun penggunaan semula tidak wajar dilihat secara mudah sebagai kegagalan peribadi atau bukti bahawa seseorang tidak mempunyai keinginan untuk pulih. Gangguan penggunaan dadah mempunyai ciri yang kompleks dan boleh melibatkan tempoh perubahan, kestabilan serta penggunaan semula sepanjang perjalanan pemulihan. AADK sendiri menerangkan masalah penggunaan dadah sebagai keadaan yang kompleks dan mempunyai kecenderungan untuk berulang. Pendekatan rawatan oleh itu memerlukan intervensi berterusan dan bukan hanya memberi perhatian kepada tempoh seseorang berada dalam institusi atau program tertentu (Agensi Antidadah Kebangsaan [AADK], 2025). Perkhidmatan yang responsif juga memerlukan keanjalan kaedah penyampaian apabila keadaan pengguna dan persekitaran berubah (Azman et al., 2021).
Penggunaan semula biasanya tidak berlaku disebabkan satu faktor. Keinginan terhadap dadah, tekanan emosi, konflik keluarga, hubungan dengan rakan yang masih menggunakan dadah, kesukaran mendapatkan pekerjaan dan penerimaan masyarakat boleh berinteraksi antara satu sama lain. Kajian di Malaysia telah lama menunjukkan bahawa faktor peribadi dan sosial mempunyai hubungan dengan kecenderungan penggunaan semula. Ibrahim dan Kumar (2009), melalui kajian terhadap 400 pengguna dadah yang mempunyai sejarah penggunaan semula di lapan pusat pemulihan di Semenanjung Malaysia, mengenal pasti efikasi kendiri, sokongan keluarga, sokongan komuniti dan sokongan majikan sebagai antara faktor utama yang berkaitan dengan kecenderungan tersebut. Penemuan ini menunjukkan bahawa kemampuan seseorang mengekalkan kepulihan tidak boleh dinilai hanya berdasarkan kekuatan dalaman. Persekitaran yang ditemuinya selepas rawatan turut menentukan sama ada perubahan dapat dikekalkan. Faktor psikososial yang berkaitan dengan pengulangan tingkah laku berisiko perlu dinilai secara menyeluruh dan bukan sebagai unsur yang berdiri sendiri (Syasyila et al., 2025). Pengalaman daya tindak selepas keadaan sukar turut menunjukkan pentingnya keselamatan, autonomi dan sokongan sosial dalam membina semula kehidupan (Yusof et al., 2022).

English

Resuming drug use after undergoing treatment and rehabilitation is one of the greatest challenges in achieving lasting recovery. It often raises questions about the effectiveness of a treatment programme. It can also leave families disappointed and lose confidence in the individual's ability to change. However, relapse should not be seen simply as a personal failure or as proof that a person has no wish to recover. Drug use disorders are complex and can involve periods of change, stability and renewed use over the course of recovery. The National Anti-Drugs Agency (AADK) itself describes drug use problems as complex and prone to recurrence. Treatment approaches therefore require continuing intervention, rather than attention only to the period a person spends in a particular institution or programme (Agensi Antidadah Kebangsaan [AADK], 2025). Responsive services also need flexibility in their methods of delivery as the circumstances of users and their environment change (Azman et al., 2021).
Relapse does not usually occur because of a single factor. Craving for drugs, emotional stress, family conflict, relationships with friends who still use drugs, difficulty in finding work and acceptance by society can interact with one another. Studies in Malaysia have long shown that personal and social factors are related to the tendency to relapse. Ibrahim and Kumar (2009), in a study of 400 drug users with a history of relapse at eight rehabilitation centres in Peninsular Malaysia, identified self-efficacy, family support, community support and employer support as among the main factors associated with this tendency. These findings show that a person's ability to sustain recovery cannot be judged on inner strength alone. The environment they encounter after treatment also determines whether change can be sustained. The psychosocial factors associated with the repetition of risky behaviour should be assessed holistically rather than as elements that stand alone (Syasyila et al., 2025). Experiences of coping after hardship also show the importance of safety, autonomy and social support in rebuilding one's life (Yusof et al., 2022).

Contributors

Affiliations

  1. 1Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia, 11800 Minden, Pulau Pinang, Malaysia
  2. 2Pusat Pengajian Keadilan Jenayah dan Psikologi, Enforcement, Leadership, and Management University, Bandar Enstek, 71760 Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia
  3. 3Bahagian Rawatan, Pemulihan dan Perubatan, Ibu Pejabat Agensi Antidadah Kebangsaan, Jalan Maktab Perguruan Islam, 43000 Kajang, Selangor, Malaysia
Publication record

Bibliographic details

Book
Daya Tahan Sosial, Kesihatan dan Budaya dalam Era Teknologi
Editors
Mohamad Shaharudin Samsurijan, Paramjit Singh Jamir Singh
Chapter
1
Pages
1–20
Publisher
Penerbit Universiti Putra Malaysia
Published
28 October 2026
E-ISBN
9786297114668