FARMASEUTIKAL HALAL DI MALAYSIA: INTEGRASI SYARIAH, SAINS FARMASEUTIKAL DAN REGULATORI
English titleHalal Pharmaceuticals in Malaysia: Integrating Shariah, Pharmaceutical Science and Regulation
Abstract
Industri farmaseutikal halal di negara-negara Muslim dan bukan Muslim sedang berkembang pesat, lebih-lebih lagi dengan pertambahan populasi orang muslim secara global. Ia dijangka bernilai USD142 bilion pada tahun 2027, bersama kadar pertumbuhan kompaun sebanyak 5.7% setahun (Musa et al., 2025). Terma “farmaseutikal halal” boleh didefinisikan sebagai produk ubat-ubatan yang diperoleh daripada sumber-sumber yang dibenarkan, termasuk haiwan, tumbuh-tumbuhan, bahan organik dan bukan organik, disediakan, dihasilkan, dan diekstrak mengikut garis panduan Islam (Khan & Shaharuddin, 2015). Bahan-bahan boleh dikategorikan mengikut tiga kumpulan utama; dibenarkan (halal), ragu-ragu (syubhah) atau dilarang (haram), dan kategori ini disokong dengan konsep ‘transformasi’ (istihalah) dan ‘keperluan’ (darurah) (Ali et al., 2022).
Terma farmaseutikal merujuk kepada kedua-dua ubat-ubatan preskripsi dan bukan preskripsi dalam bentuk-bentuk dos, dan ini termasuk biofarmaseutikal (yakni produk biologi seperti vaksin, antibodi monoklonal), radiofarmaseutikal (yakni produk yang mengandungi bahan radioaktif untuk tujuan pengimejan), suplemen, produk semulajadi dan kosmetik. Produk-produk ini boleh diambil sama ada melalui laluan oral (contoh: tablet, kapsul, serbuk, cecair) atau bukan oral (contoh: suntikan, supositori, krim, tampalan, implan) (Tan et al., 2023).
The halal pharmaceutical industry in Muslim and non-Muslim countries is growing rapidly, all the more so with the growth of the global Muslim population. It is expected to be worth USD142 billion by 2027, with a compound annual growth rate of 5.7% (Musa et al., 2025). The term "halal pharmaceuticals" can be defined as medicinal products derived from permitted sources, including animals, plants and organic and inorganic materials, that are prepared, produced and extracted in accordance with Islamic guidelines (Khan & Shaharuddin, 2015). Ingredients can be classified into three main groups: permitted (halal), doubtful (syubhah) or prohibited (haram), and these categories are supported by the concepts of 'transformation' (istihalah) and 'necessity' (darurah) (Ali et al., 2022).
The term pharmaceuticals refers to both prescription and non-prescription medicines in their dosage forms, and includes biopharmaceuticals (that is, biological products such as vaccines and monoclonal antibodies), radiopharmaceuticals (that is, products containing radioactive material for imaging purposes), supplements, natural products and cosmetics. These products may be taken by the oral route (for example, tablets, capsules, powders and liquids) or by non-oral routes (for example, injections, suppositories, creams, patches and implants) (Tan et al., 2023).
Affiliations
- 1Pusat Pengajian Sains Farmasi, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM Pulau Pinang, Malaysia.
- 2Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM Pulau Pinang, Malaysia.
- 3Halal and Government Relations Department, Duopharma Biotech Berhad, Seksyen 13, Kawasan Perusahaan Bandar Baru Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.
Bibliographic details
- Book
- Daya Tahan Sosial, Kesihatan dan Budaya dalam Era Teknologi
- Editors
- Mohamad Shaharudin Samsurijan, Paramjit Singh Jamir Singh
- Chapter
- 7
- Pages
- 129–154
- Publisher
- Penerbit Universiti Putra Malaysia
- Published
- 28 October 2026
- E-ISBN
- 9786297114668


