Pertanika Journals · Universiti Putra Malaysia Press
Pertanika UPM Journals Facebook
Established 1978 · Universiti Putra Malaysia Press

Research across disciplines. One Pertanika.

International peer-reviewed journals advancing research in tropical agriculture, science and technology, social sciences and humanities, with open scholarly access across the Pertanika family.

PJTAS Tropical Agricultural Science PJST Science & Technology PJSSH Social Sciences & Humanities
Chapter 9 · Pertanika Book Series

ASAS SAINS KEPOLISIAN DALAM KONTEKS MALAYSIA

English titleThe Foundations of Police Science in the Malaysian Context

Shankar Durairaja1, Mohammad Rahim Kamaluddin2, Paramjit Singh Jamir Singh3

Daya Tahan Sosial, Kesihatan dan Budaya dalam Era Teknologi 28 October 2026 Pages 175–195
Chapter content

Abstract

Bahasa Malaysia

Bidang kepolisan merupakan satu bidang penting yang selalu diperhatikan oleh orang awam dan media. Hal ini dikatakan demikian kerana, pasukan dan anggota polis memikul tanggungjawab yang tidak mempunyai batasan dalam menjaga ketenteraman awam dan kesejahteraan rakyat. Selain itu, pasukan polis juga memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seseorang melalui sifat dan nilai kepolisan mereka. Weisburd dan Braga menyatakan bahawa pasukan polis telah berinovasi dalam proses mengaplikasikan strategi, amalan, polisi baru yang telah memperbahurui konsep kepolisan.
Strategi baru dalam pengawalan jenayah seperti strategi kepolisan berorientasi masalah (problem-oriented policing), strategi kepolisan komuniti (community policing), hot spots policing, penggunaan teknologi-teknologi baru dalam sains forensik telah dipraktikkan oleh pihak polis untuk membanteras jenayah dan memelihara keamanaan dan ketenteraman negara. Ilmu sains seperti sains forensik, psikologi, kriminologi, penologi (correctional science) memainkan peranan yang penting dalam proses pemodenan polis. Para akademik dan penyelidik yang mempunyai kepakaran dalam pelbagai bidang sains juga telah menyumbang untuk meningkatkan mutu dan kualiti pasukan polis dan menambah baik kecekapan dan keberkesanan anggota polis dalam tugasan mereka.

English

Policing is an important field that is closely watched by the public and the media. This is because the police force and its officers bear a boundless responsibility for maintaining public order and the well-being of the people. The police also play an important role in people's lives through the character and values of their policing. Weisburd and Braga state that police forces have innovated in applying new strategies, practices and policies that have renewed the concept of policing.
New crime control strategies, such as problem-oriented policing, community policing, hot spots policing and the use of new technologies in forensic science, have been put into practice by the police to combat crime and to preserve peace and order in the country. Sciences such as forensic science, psychology, criminology and penology (correctional science) play an important role in the modernisation of the police. Academics and researchers with expertise in many fields of science have also contributed to raising the standard and quality of the police force and to improving the efficiency and effectiveness of police officers in their duties.

Contributors

Affiliations

  1. 1Pusat Pengajian Keadilan Jenayah dan Psikologi, Enforcement, Leadership, and Management University, Bandar Enstek, 71760 Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia
  2. 2Pusat Kajian Psikologi dan Kesejahteraan Manusia, Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia
  3. 3Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia, 11800 Minden, Pulau Pinang, Malaysia
Publication record

Bibliographic details

Book
Daya Tahan Sosial, Kesihatan dan Budaya dalam Era Teknologi
Editors
Mohamad Shaharudin Samsurijan, Paramjit Singh Jamir Singh
Chapter
9
Pages
175–195
Publisher
Penerbit Universiti Putra Malaysia
Published
28 October 2026
E-ISBN
9786297114668