Pertanika Journals · Universiti Putra Malaysia Press
Pertanika UPM Journals Facebook
Established 1978 · Universiti Putra Malaysia Press

Research across disciplines. One Pertanika.

International peer-reviewed journals advancing research in tropical agriculture, science and technology, social sciences and humanities, with open scholarly access across the Pertanika family.

PJTAS Tropical Agricultural Science PJST Science & Technology PJSSH Social Sciences & Humanities
Chapter 10 · Pertanika Book Series

Emoji, Pelekat dan GIF sebagai Bahasa Visual dalam Era Komunikasi Digital

English titleEmoji, Stickers and GIFs as Visual Language in the Era of Digital Communication

Nur Hafeeza Ahmad Pazil

Daya Tahan Sosial, Kesihatan dan Budaya dalam Era Teknologi 28 October 2026 Pages 196–210
Chapter content

Abstract

Bahasa Malaysia

Cara manusia berkomunikasi dalam era digital hari ini tidak lagi bergantung pada teks semata-mata. Dalam aplikasi seperti WhatsApp, Telegram, Instagram, Facebook dan Discord, komunikasi berlaku melalui gabungan perkataan, simbol, gambar dan animasi pendek. Emoji, pelekat dan GIF telah menjadi sebahagian daripada komunikasi harian sehingga pengguna sering tidak lagi menyedari sejauh mana elemen visual tersebut mempengaruhi cara mereka menyampaikan dan mentafsir mesej. Perubahan ini dapat dilihat melalui interaksi yang sangat mudah. Daripada menaip “Saya faham”, pengguna hanya menghantar 👍. Daripada menulis “Lawak betul”, cukup dengan 😂. Perasaan sayang, sokongan atau penghargaan pula boleh disampaikan melalui satu simbol ❤️ tanpa memerlukan ayat yang panjang.
Fenomena ini boleh dijelaskan melalui konsep bahasa visual. Bahasa visual merujuk kepada sistem tanda yang menggunakan bentuk, warna, simbol dan gambar untuk menyampaikan makna yang dapat difahami oleh sesuatu kumpulan pengguna (Danesi, 2016). Walaupun emoji, pelekat dan GIF tidak mempunyai tatabahasa yang lengkap seperti bahasa lisan atau tulisan, ketiga-tiganya tetap mempunyai pola penggunaan, makna bersama dan fungsi sosial tertentu. Bab ini merupakan perbincangan konseptual berasaskan sorotan literatur dan tidak melibatkan pengumpulan data empirikal. Lupton (2015) menjelaskan bahawa sosiologi digital meneliti bagaimana teknologi digital membentuk hubungan sosial, identiti dan pengalaman harian serta bagaimana masyarakat turut membentuk penggunaan teknologi tersebut. Dari sudut ini, tumpuan bukan pada struktur simbol, tetapi pada apa yang dilakukan oleh pengguna dengan simbol tersebut dalam kehidupan sosial mereka.

English

The way people communicate in today's digital era no longer depends on text alone. In applications such as WhatsApp, Telegram, Instagram, Facebook and Discord, communication takes place through a combination of words, symbols, images and short animations. Emoji, stickers and GIFs have become part of everyday communication, to the point that users are often no longer aware of how far these visual elements influence the way they convey and interpret messages. This change can be seen in very simple interactions. Instead of typing "I understand", users simply send 👍. Instead of writing "That's really funny", 😂 is enough. Affection, support or appreciation can be conveyed through a single ❤️ symbol, with no need for a long sentence.
This phenomenon can be explained through the concept of visual language. Visual language refers to a system of signs that uses shapes, colours, symbols and images to convey meanings that can be understood by a particular group of users (Danesi, 2016). Although emoji, stickers and GIFs do not have a complete grammar like spoken or written language, all three have patterns of use, shared meanings and particular social functions. This chapter is a conceptual discussion based on a literature review and does not involve the collection of empirical data. Lupton (2015) explains that digital sociology examines how digital technologies shape social relationships, identities and everyday experience, and how society in turn shapes the use of those technologies. From this standpoint, the focus is not on the structure of the symbols, but on what users do with them in their social lives.

Contributors

Affiliations

  1. Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan
  2. Universiti Sains Malaysia
Publication record

Bibliographic details

Book
Daya Tahan Sosial, Kesihatan dan Budaya dalam Era Teknologi
Editors
Mohamad Shaharudin Samsurijan, Paramjit Singh Jamir Singh
Chapter
10
Pages
196–210
Publisher
Penerbit Universiti Putra Malaysia
Published
28 October 2026
E-ISBN
9786297114668