Ergonomik Pembelajaran di Sekolah: Postur Duduk, Kesesuaian Perabot Bilik Darjah dan Beban Fizikal terhadap Kesihatan Muskuloskeletal Murid
English titleLearning Ergonomics in Schools: Sitting Posture, Classroom Furniture Fit and Physical Load on Pupils' Musculoskeletal Health
Abstract
Ergonomik pembelajaran di sekolah merupakan komponen penting dalam keselamatan fizikal dan promosi kesihatan murid, memandangkan murid menghabiskan sebahagian besar waktu persekolahan dalam aktiviti duduk, menulis, membaca, menggunakan bahan pembelajaran dan membawa keperluan pembelajaran harian. Bab ini merupakan sorotan ilmiah berbentuk konseptual yang membincangkan tiga sumber pendedahan ergonomik dalam kalangan murid sekolah rendah dan menengah, iaitu amalan postur duduk, kesesuaian reka bentuk perabot bilik darjah dengan ukuran antropometrik murid, serta beban fizikal harian termasuk penggunaan beg sekolah. Perbincangan menghuraikan bagaimana postur duduk yang statik atau membongkok dalam tempoh lama boleh menyumbang kepada ketidakselesaan pada leher, bahu dan belakang. Ketidakpadanan antara ketinggian meja, kerusi dan dimensi tubuh murid dibincangkan sebagai isu yang bersifat struktural, iaitu berpunca daripada bilangan saiz perabot yang terhad serta ketiadaan rujukan antropometrik kebangsaan yang terkini untuk murid di Malaysia. Beban beg sekolah pula dinilai bukan semata-mata dari sudut berat, tetapi juga cara membawa, taburan beban dan tempoh pendedahan. Dalam konteks peralihan kepada bahan digital bagi mengurangkan beban beg, bab ini menghujahkan bahawa pendigitalan membingkaikan semula risiko ergonomik dan tidak menghapuskannya, kerana postur penggunaan peranti dan tempoh duduk berpanjangan memerlukan perhatian baharu. Bab ini menegaskan bahawa pengurusan ergonomik sekolah perlu bergerak melangkaui penyediaan infrastruktur kepada pemantauan berkala, pengagihan saiz perabot yang betul, Pendidikan postur serta penglibatan guru dan ibu bapa. Jurang penyelidikan tempatan turut dikenal pasti, khususnya ketiadaan kajian dari Sabah dan Sarawak.
Learning ergonomics is an important part of pupils' physical safety and health promotion, since pupils spend much of the school day sitting, writing, reading, using learning materials and carrying their daily learning needs. This chapter is a conceptual scholarly review of three sources of ergonomic exposure among primary and secondary pupils: sitting posture, the fit between classroom furniture design and pupils' anthropometric measurements, and daily physical load, including the use of school bags. It describes how static or hunched sitting over long periods can contribute to discomfort in the neck, shoulders and back. The mismatch between the height of desks and chairs and pupils' body dimensions is discussed as a structural problem, arising from the limited number of furniture sizes and the absence of current national anthropometric references for pupils in Malaysia. School bag load is assessed not only by weight but also by the way bags are carried, how the load is distributed and the duration of exposure. In the context of the move to digital materials to lighten school bags, the chapter argues that digitalisation reframes ergonomic risk rather than removing it, since device-use posture and prolonged sitting need new attention. It stresses that school ergonomics management must go beyond providing infrastructure to regular monitoring, correct allocation of furniture sizes, posture education and the involvement of teachers and parents. Gaps in local research are also identified, in particular the absence of studies from Sabah and Sarawak.
Affiliations
- 1Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Malaysia Sarawak, 94300 Kota Samarahan, Sarawak.
Bibliographic details
- Book
- Pengurusan Kesihatan Persekitaran dan Keselamatan di Sekolah: Cabaran dan Realiti
- Editors
- Nur Azalina Suzianti Feisal, Noor Haziqah Kamaludin, Cheah Wai Yan
- Chapter
- 4
- Pages
- 72–107
- Publisher
- Penerbit Universiti Putra Malaysia
- Published
- 28 October 2026
- E-ISBN
- 9786297915975


