Kualiti Udara dan Murid Sekolah: Pendedahan Terhadap Pencemaran Udara Berkaitan Trafik (TRAP) di Zon Menunggu Kenderaan
English titleAir Quality and Schoolchildren: Exposure to Traffic-Related Air Pollution (TRAP) in Vehicle Waiting Zones
Abstract
Pencemaran udara berkaitan trafik (traffic-related air pollution, TRAP) merupakan isu kesihatan persekitaran yang semakin mendapat perhatian, khususnya dalam kalangan kanak-kanak yang lebih terdedah kepada kesan pencemaran udara disebabkan oleh perkembangan sistem respiratori dan kadar ventilasi relatif yang lebih tinggi. Kawasan sekolah, terutamanya zon menunggu serta kawasan menghantar dan mengambil murid, berpotensi menjadi titik utama pendedahan TRAP terhadap murid sekolah akibat peningkatan bilangan kenderaan, kesesakan lalu lintas dan enjin kenderaan yang melalui kawasan sekolah pada waktu puncak. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pencemaran udara berkaitan trafik di zon menunggu kenderaan hadapan sekolah serta mengenal pasti potensi implikasinya terhadap kesihatan murid. Parameter pencemaran udara yang telah dikenal pasti merangkumi nitrogen dioksida (NO₂), jirim zarahan halus (PM₂.₅), karbon monoksida (CO), karbon dioksida (CO₂) serta sebatian organik mudah meruap (VOC), khususnya benzena, toluena, etilbenzena dan xilena (BTEX). Berdasarkan bukti literatur, peningkatan TRAP di sekitar sekolah telah dikaitkan dengan gangguan respiratori, penurunan fungsi paru-paru, perkembangan asma serta kemungkinan kesan terhadap perkembangan kognitif dan prestasi akademik murid sekolah. Kajian terperinci mengenai pembangunan strategi mitigasi seperti pengurangan enjin melalui kawasan sekolah, pengurusan aliran trafik dan penambahbaikan reka bentuk zon menghantar dan mengambil murid bagi mengurangkan pendedahan serta melindungi kesihatan murid sekolah perlu dijalankan.
Traffic-related air pollution (TRAP) is an environmental health issue of growing concern, particularly for children, who are more vulnerable to air pollution because their respiratory systems are still developing and their relative ventilation rates are higher. School grounds, especially waiting zones and drop-off and pick-up areas, can become major points of TRAP exposure for pupils because of the number of vehicles, traffic congestion and idling engines around schools at peak times. This study aims to determine the level of traffic-related air pollution in the vehicle waiting zones in front of schools and to identify its potential implications for pupils' health. The pollutants identified include nitrogen dioxide (NO₂), fine particulate matter (PM₂.₅), carbon monoxide (CO), carbon dioxide (CO₂) and volatile organic compounds (VOCs), particularly benzene, toluene, ethylbenzene and xylene (BTEX). The literature links increased TRAP around schools with respiratory disorders, reduced lung function, the development of asthma and possible effects on pupils' cognitive development and academic performance. Detailed studies are needed to develop mitigation strategies such as reducing engine idling around schools, managing traffic flow and improving the design of drop-off and pick-up zones, so as to reduce exposure and protect pupils' health.
Affiliations
- 1Pusat Ketahanan dan Strategi Iklim MSU (M-CREST), Management and Science University (MSU), University Drive, Off Persiaran Olahraga, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
- 2Jabatan Diagnostik dan Sains Kesihatan Bersekutu, Fakulti Kesihatan dan Sains Hayat, Management and Science University, University Drive, Off Persiaran Olahraga, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
- 3Pusat Pengajian Kesihatan Dan Keselamatan Persekitaran, Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Teknologi MARA, Puncak Alam Selangor, Malaysia.
- 4Pusat Kajian Pembangunan, Sosial dan Persekitaran (SEEDS), Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor, Malaysia.
- 5Advanced Environmental Ultra Research Laboratory (ADVENTURE) and Department of Environmental Engineering, Chung Yuan Christian University, Taoyuan, Taiwan
- 6Kumpulan Inisiatif Penyelidikan Pengurusan Risiko Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan (OHSeRM), Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Teknologi MARA, Puncak Alam, Selangor, Malaysia
Bibliographic details
- Book
- Pengurusan Kesihatan Persekitaran dan Keselamatan di Sekolah: Cabaran dan Realiti
- Editors
- Nur Azalina Suzianti Feisal, Noor Haziqah Kamaludin, Cheah Wai Yan
- Chapter
- 6
- Pages
- 134–163
- Publisher
- Penerbit Universiti Putra Malaysia
- Published
- 28 October 2026
- E-ISBN
- 9786297915975


