Penilaian Impak Gelombang Haba dan Suhu Melampau Terhadap Kesihatan dan Kesejahteraan Pelajar Sekolah Rendah di Negeri Selangor
English titleThe Impact of Heatwaves and Extreme Temperatures on the Health and Well-Being of Primary School Pupils in Selangor
Abstract
Gelombang haba dan suhu melampau mengancam kesihatan serta kesejahteraan manusia, terutamanya pelajar sekolah rendah akibat pendedahan berterusan. Keadaan ini turut akan menjejaskan kesihatan, prestasi akademik, dan aktiviti fizikal mereka. Kajian ini bertujuan untuk (i) menilai hubungan antara pendedahan dan kesedaran murid terhadap impak kesihatan dan kesejahteraan akibat gelombang haba dan suhu melampau; serta (ii) mencadangkan strategi adaptasi dan pencegahan melalui kempen kesedaran. Kajian menggunakan data sekunder Jabatan Meteorologi Malaysia bagi mengenal pasti sekolah terlibat, diikuti dengan kajian kuantitatif. Soal selidik diedarkan bagi mengumpul maklumat kesihatan dan kesejahteraan pelajar. Data dianalisis menerusi statistik deskriptif dan korelasi Spearman’s rho pada aras kesignifikanan 0.05. Hasil analisis menunjukkan tahap kesedaran mempunyai hubungan positif dengan impak gelombang haba dan suhu panas (rs = 0.237, p<0.05). Dapatan ini perlu diberi perhatian supaya pelajar lebih bersedia menghadapi gelombang haba berbanding pendedahan. Oleh itu, langkah proaktif seperti intervensi penyebaran maklumat tentang gejala dan kesan negatif suhu melampau menerusi kempen kesihatan amat diperlukan. Kajian ini dijangka membantu pihak bertanggungjawab merancang langkah kawalan demi melindungi murid, sekali gus menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) serta fokus negara dalam membangunkan Bandar Idaman sebagai bandar sihat di Malaysia.
Heatwaves and extreme temperatures threaten human health and well-being, particularly that of primary school pupils, through continuous exposure. They also affect pupils' health, academic performance and physical activity. This study aims (i) to assess the relationship between pupils' exposure and their awareness of the health and well-being impacts of heatwaves and extreme temperatures, and (ii) to propose adaptation and prevention strategies through awareness campaigns. The study used secondary data from the Malaysian Meteorological Department to identify the schools involved, followed by a quantitative survey. Questionnaires were distributed to collect information on pupils' health and well-being. Data were analysed using descriptive statistics and Spearman's rho correlation at a significance level of 0.05. The analysis shows that awareness has a positive relationship with the impact of heatwaves and high temperatures (rs = 0.237, p < 0.05). This finding deserves attention so that pupils are better prepared for heatwaves relative to their exposure. Proactive measures, such as interventions that spread information on the symptoms and harmful effects of extreme temperatures through health campaigns, are therefore needed. The study is expected to help the responsible authorities plan control measures to protect pupils, while supporting the Sustainable Development Goals (SDGs) and the national focus on developing Bandar Idaman as healthy cities in Malaysia.
Affiliations
- 1Pusat Kajian Pembangunan, Sosial dan Persekitaran (SEEDS), Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
- 2Pusat Pengajian Kesihatan Dan Keselamatan Persekitaran, Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Teknologi Mara, Puncak Alam 42300, Selangor, Malaysia.
- 3Jabatan Kesihatan Persekitaran, Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Teknologi MARA Cawangan Pulau Pinang, Kampus Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang.
- 4Pusat Ketahanan dan Strategi Iklim MSU (M-CREST), Management and Science University (MSU), University Drive, Off Persiaran Olahraga, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
- 5Jabatan Diagnostik dan Sains Kesihatan Bersekutu, Fakulti Kesihatan dan Sains Hayat, Management and Science University, University Drive, Off Persiaran Olahraga, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
- 6Kumpulan Inisiatif Penyelidikan Pengurusan Risiko Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan (OHSeRM), Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Teknologi MARA, Puncak Alam, Selangor, Malaysia.
Bibliographic details
- Book
- Pengurusan Kesihatan Persekitaran dan Keselamatan di Sekolah: Cabaran dan Realiti
- Editors
- Nur Azalina Suzianti Feisal, Noor Haziqah Kamaludin, Cheah Wai Yan
- Chapter
- 10
- Pages
- 238–258
- Publisher
- Penerbit Universiti Putra Malaysia
- Published
- 28 October 2026
- E-ISBN
- 9786297915975


