Falsafah Toleransi Islam dalam kisah Ashabul Kahfi: Analisis Nilai dan Implikasinya terhadap Keharmonian Masyarakat Majmuk di Malaysia
English titleThe Philosophy of Islamic Tolerance in the Narrative of Ashab al-Kahf: An Analysis of its Values and Implications for Social Harmony in Malaysia's Plural Society
Abstract
Sikap toleransi merupakan salah satu prinsip utama yang dapat diinterpretasikan daripada kisah Ashabul Kahfi. Prinsip ini menggalakkan amalan saling menghormati, hidup secara aman dan memelihara keharmonian masyarakat majmuk. Walaupun prinsip ini menjadi asas kepada keharmonian sosial, realiti masyarakat majmuk hari ini masih berhadapan dengan pelbagai cabaran hubungan antara agama. Dalam konteks masyarakat majmuk di negara kita, perbezaan pegangan agama, tradisi dan amalan keagamaan sering menjadi punca ketidaksefahaman yang menghalang sikap saling memahami dan penerimaan terhadap nilai-nilai murni sejagat. Justeru, kajian ini bertujuan menganalisis falsafah toleransi Islam yang terkandung dalam kisah Ashabul Kahfi serta menjelaskan relevansinya terhadap pembinaan keharmonian masyarakat majmuk di Malaysia. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui kaedah kepustakaan, manakala data dianalisis secara deskriptif melalui pendekatan analisis kandungan bagi menghuraikan prinsip-prinsip toleransi Islam yang terkandung dalam kisah Ashabul Kahfi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa falsafah toleransi Islam dalam kisah Ashabul Kahfi menonjolkan tiga prinsip utama, iaitu penghormatan terhadap kebebasan beragama, kebijaksanaan dalam interaksi sosial dan keprihatinan terhadap keharmonian masyarakat. Oleh itu, falsafah toleransi Islam yang dipamerkan melalui kisah Ashabul Kahfi berpotensi dijadikan rujukan dalam mengamalkan toleransi beragama secara bijaksana, sekali gus memperkukuh perpaduan dan keharmonian masyarakat berbilang kaum di Malaysia.
Tolerance is a fundamental principle that can be derived from the narrative of the Ashabul Kahfi (People of the Cave). This principle encourages mutual respect, peaceful coexistence, and the preservation of harmony within a plural society. Although tolerance serves as a foundation for social cohesion, contemporary plural societies continue to face challenges in interreligious relations. In Malaysia's multicultural society, differences in religious beliefs, traditions, and practices often contribute to misunderstandings that hinder mutual understanding and the acceptance of universal moral values. Accordingly, this study aims to analyze the philosophy of Islamic tolerance embodied in the narrative of the Ashabul Kahfi and to examine its relevance to fostering social harmony in Malaysia's plural society. The study adopts a qualitative approach through library research, and the data are analyzed descriptively using content analysis to elucidate the principles of Islamic tolerance reflected in the narrative. The findings reveal that the philosophy of Islamic tolerance in the story of the Ashabul Kahfi is characterized by three key principles: respect for religious freedom, wisdom in social interaction, and concern for societal harmony. Therefore, the philosophy of Islamic tolerance exemplified in the narrative of the Ashabul Kahfi has the potential to serve as a valuable reference for promoting wise religious tolerance, thereby strengthening unity and harmonious coexistence among Malaysia's multi-ethnic and multi-religious communities.
Affiliations
- 1Bahagian Falsafah dan Tamadun Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia 11800 USM, Pulau Pinang
- 2Bahagian Falsafah dan Tamadun Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia 11800 USM, Pulau Pinang
Bibliographic details
- Book
- Keharmonian Masyarakat Majmuk dalam Perspektif Sosial, Budaya dan Sejarah
- Editors
- Muhammad Azizan Sabjan, Ahmad Murad Merican, Mohd Syahmir Alias
- Chapter
- 1
- Pages
- 1–22
- Publisher
- Penerbit Universiti Putra Malaysia
- Published
- 29 October 2026
- E-ISBN
- 9786297114262


