Pertanika Journal of Social Sciences & Humanities
Pertanika Journal Home Facebook
Pertanika ยท Universiti Putra Malaysia Press

Pertanika Journal of Social Sciences & Humanities

Official journal of Universiti Putra Malaysia for scholarly work across the social sciences, humanities and related interdisciplinary fields.

e-ISSN 2231-8534 ISSN 0128-7702
Research Article

Faktor Pesaing Di Dalam Penilaian Permintaan Rekreasi Luar

Ahmad Shuib

KeywordsPermintaan, kos, pengganti, bias spesifikasi, lebihan pengguna
Article content

Abstract

Pengurangan lawatan ke sesebuah pusat rekreasi luar dipengaruhi oleh kos perjalanan dan faktor sosioekonomi pengguna. Bagi pelawat yang tinggal lebih jauh daripada pusat rekreasi berkenaan, terdapatnya pusat rekreasi alternatif di sepanjang perjalanan ke pusat berkenaan akan juga mempengaruhi bilangan lawatan ke pusat berkenaan. Tanpa mengambilkira peluang alternatif ini anggaran permintaan akan menjadi bias; kesan bias ini dikaitkan dengan bias spesifikasi. Fungsi permintaan yang dianggar tanpa memuatkan kesan pusat pesaing akan menghasilkan anggaran nilai faedah yang bias kerana anggaran koefisyen permintaan menjadi tidak konsisten. Fungsi permintaan Clawson diubahsuaikan untuk mengambilkira faktor pengganti dalam penilaian faedah rekreasi luar di Langkawi.