Pertanika Journal of Social Sciences & Humanities
Pertanika Journal Home Facebook
Pertanika ยท Universiti Putra Malaysia Press

Pertanika Journal of Social Sciences & Humanities

Official journal of Universiti Putra Malaysia for scholarly work across the social sciences, humanities and related interdisciplinary fields.

e-ISSN 2231-8534 ISSN 0128-7702
Research Article

Keberkesanan Penilaian Prestasi Kerja di Kalangan Kakitangan Perkeranian

Sohime Ahmad and Abu Daud Silong

KeywordsPenilaian prestasi, pengkadaran prestasi, kesilapan pengkadaran, kesahan kandungan, ketepatan pengkadaran, kepraktisan.
Article content

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menentukan kesahan kandungan dan kepraktisan alat pengukuran prestasi kerja Sistem Baru Penilaian Prestasi Perkhidmatan Awam (SBPPPA) serta mengenal pasti jenis-jenis kesilapan pengkadaran dan faktor-faktor yang mempengaruhi ketidaktepatan pengkadaran prestasi kerja kakitangan perkeranian. Kajian dijalankan melalui soal selidik terhadap 38 orang pegawai yang dinilai dan 19 Pegawai Penilai dalam perkhidmatan Pembantu Tadbir (perkeranian dan operasi) di Kementerian Pertanian Malaysia. Hasil kajian mendapati bahawa alat pengukuran prestasi mempunyai kesahan kandungan yang sederhana dan praktikal. Beberapa jenis kesilapan pengkadaran dan faktor-faktor individu, alat dan konteks telah dianggap mempunyai pengaruh terhadap ketidaktepatan pengkadaran prestasi.