Research Article
Latihan Sebagai Strategi Pembangunan Mampan: Satu Kajian Kes
KeywordsLatihan, pengembangan, penyertaan, pembangunan luar bandar, pembangunan mampan.
Article content
Abstract
Sikap,pengetahuan dan kemahiran yang bersesuaian diperlukan bagi membolehkan seseorang membangun sesebuah komuniti dan seterusnya mengekalkan pembangunan tersebut. Di Perlok, sebuah kampung di bawah Projek Pembangunan Pertanian Bersepadu Pahang Barat, keperluan ini cuba dipenuhi oleh agensi kerajaan melalui pelbagai program latihan yang merangkumi kedua-dua aspek: pertanian dan bukan pertanian. Penduduk tempatan menyambut baik usaha ini dengan menyertainya dan memanfaatkan apa yang mereka pelajari. Ke arah kesejahteraan hidup yang seimbang dan berkekalan, penduduk masih terus ingin belajar perkara berhubung dengan pembangunan diri dan masyarakat, di samping teknik dan pengurusan ladang.