Research Article
Ekonomi Negeri Kelantan dari Perspektif Analisis Shift-Share Wilayah
KeywordsAnalisis shift-share wilayah, subtempoh, perindustrian, perubahan struktur nasional
Article content
Abstract
Dengan menggunakan rangka kerja analisis shift-share wilayah, kajian yang merangkumi tempoh 1980-95 yang dipecahkan kepada dua subtempoh ini bertujuan untuk mengkaji prestasi ekonomi negeri Kelantan berbanding ekonomi nasional. Data KDNK Kelantan menurut sektor-sektor utamanya, dikumpul dari sumber UPE dan UPEN Kelantan dan dinyatakan dalam sebutan benar dengan menggunakan deflator KDNK. Hasil kajian mendapati bahawa lokasi negeri ini kurang menarik pelabur, kemajuan perindustrian nasional membantu memajukan perindustrian Kelantan, dan kelebihannya dalam sektor utama juga terjejas oleh arus perubahan struktur nasional. Kajian ini mengemukakan beberapa cadangan dasar untuk memajukan negeri ini.