Pertanika Journals · Universiti Putra Malaysia Press
Pertanika UPM Journals Facebook
Established 1978 · Universiti Putra Malaysia Press

Research across disciplines. One Pertanika.

International peer-reviewed journals advancing research in tropical agriculture, science and technology, social sciences and humanities, with open scholarly access across the Pertanika family.

PJTAS Tropical Agricultural Science PJST Science & Technology PJSSH Social Sciences & Humanities
Chapter 5 · Pertanika Book Series

Naratif Penceritaan Adam Dan Hawa Dalam Kitab Genesis Dan Al-Quran: Satu Analisis Komparatif Terhadap Ontologi Kemanusiaan

English titleThe Narrative of Adam and Eve in Genesis and the Quran: A Comparative Analysis of Human Ontology

Aman Daima Md. Zain1, Wan Khairul Aiman Wan Mokhtar1

Pemikiran Islam dan Dakwah Kontemporari: Akidah, Epistemologi dan Keharmonian Masyarakat 29 October 2026 Pages 77–93
KeywordsNaratif, Adam dan Hawa, Genesis, Ontologi Kemanusiaan, Analisis Perbandingan Tekstual
Keywords (English)Narrative, Adam and Eve, Genesis, Human Ontology, Comparative Textual Analysis
Chapter content

Abstract

Bahasa Malaysia

Naratif asal-usul kejadian Adam dan Hawa merupakan teras utama yang mencorakkan asas teologi, etika, dan pandangan alam dalam tradisi keagamaan samawi. Bagaimanapun, kajian terdahulu kerap menganalisis kisah awal zaman ini secara berasingan atau sekadar menyentuh aspek literal, tanpa merungkai perbezaan hakikat kewujudan manusia yang tersirat di sebalik struktur penceritaan. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis dan membandingkan pendekatan naratif kisah Adam dan Hawa dalam Kitab Genesis dan al-Quran bagi mendedahkan implikasinya terhadap falsafah kemanusiaan. Dengan menggunakan reka bentuk kualitatif melalui kaedah analisis kandungan dan perbandingan tekstual secara kritis, penyelidikan ini meneliti teks Genesis (bab 1 hingga 3) serta ayat-ayat al-Quran yang berkaitan, disokong oleh kitab tafsir dan karya akademik berwibawa. Hasil kajian menunjukkan bahawa walaupun kedua-dua teks berkongsi kronologi plot yang hampir serupa, terdapat perbezaan ketara dalam pembentukan watak dan mesej teologi. Kitab Genesis menempatkan manusia dalam kerangka kejatuhan akibat dosa warisan yang cenderung membina pandangan suram terhadap sifat semula jadi manusia, di samping meletakkan punca kesilapan awal kepada wanita. Sebaliknya, al-Quran menggambarkan peristiwa tersebut secara saksama apabila kedua-dua pihak digoda bersama, sekali gus mengetengahkan konsep khalifah, tanggungjawab individu, dan keluasan taubat tanpa memerlukan justifikasi yang bersifat membela diri. Kajian ini memberikan sumbangan penting kepada dialog antara agama dengan memperjelas bagaimana teks suci membina identiti dan nilai moral manusia.

English

The narrative of the creation of Adam and Eve lies at the heart of the theology, ethics and worldview of the Abrahamic religious traditions. Previous studies, however, have often analysed this primordial story separately or only at the literal level, without unpacking the differences in the nature of human existence implied by the structure of the narrative. This study analyses and compares the narrative approaches to the story of Adam and Eve in the Book of Genesis and the Quran to reveal their implications for the philosophy of the human being. Using a qualitative design based on content analysis and critical textual comparison, it examines Genesis chapters 1 to 3 and the relevant verses of the Quran, supported by works of tafsir and authoritative scholarship. The findings show that although both texts share an almost identical plot chronology, they differ markedly in characterisation and theological message. Genesis places humanity within a framework of the fall through original sin, which tends to build a bleak view of human nature, and lays the blame for the first error on the woman. The Quran, by contrast, presents the event even-handedly, with both being tempted together, and foregrounds the concepts of the khalifah (vicegerent), individual responsibility and the breadth of repentance without any need for self-justification. The study contributes to interreligious dialogue by clarifying how sacred texts shape human identity and moral values.

Contributors

Affiliations

  1. Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Kampus Gong Badak, 21300 Kuala Nerus, Terengganu, Malaysia.
Publication record

Bibliographic details

Book
Pemikiran Islam dan Dakwah Kontemporari: Akidah, Epistemologi dan Keharmonian Masyarakat
Editors
Azarudin bin Awang, Mohd Hasrul bin Shuhari
Chapter
5
Pages
77–93
Publisher
Penerbit Universiti Putra Malaysia
Published
29 October 2026
E-ISBN
9786297114408