Pertanika Journals · Universiti Putra Malaysia Press
Pertanika UPM Journals Facebook
Established 1978 · Universiti Putra Malaysia Press

Research across disciplines. One Pertanika.

International peer-reviewed journals advancing research in tropical agriculture, science and technology, social sciences and humanities, with open scholarly access across the Pertanika family.

PJTAS Tropical Agricultural Science PJST Science & Technology PJSSH Social Sciences & Humanities
Simposium BM

Pemikiran Islam dan Dakwah Kontemporari: Akidah, Epistemologi dan Keharmonian Masyarakat

English titleIslamic Thought and Contemporary Dakwah: Creed, Epistemology and Social Harmony

EditorsAzarudin bin Awang, Mohd Hasrul bin Shuhari
Published29 October 2026
PublisherPenerbit Universiti Putra Malaysia
Publication placeSerdang, Selangor, Malaysia
LanguageBahasa Malaysia
E-ISBN9786297114408
Chapters10 published
Subjects (BISAC)
  • REL037000
  • REL037060
  • REL037050
  • REL017000
About this book

Synopsis

Bahasa Malaysia

Alhamdulillah, segala puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, buku ini berjaya dihimpunkan sebagai sebuah karya ilmiah yang mengetengahkan pelbagai dimensi akidah, pemikiran Islam, dakwah, bahasa, keharmonian sosial dan warisan intelektual Melayu-Islam.
Buku ini membincangkan kepentingan manhaj Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah dalam membentuk pemikiran Islam yang seimbang, khususnya dalam menghadapi literalisme, ekstremisme dan radikalisme agama. Penekanan turut diberikan kepada nilai wasatiyyah, kefahaman akidah yang sahih dan pengukuhan keharmonian masyarakat Islam di Malaysia.
Peranan bahasa Melayu turut diketengahkan sebagai medium penting dalam penyampaian ilmu, pemurnian kefahaman akidah dan dakwah kontemporari. Bahasa bukan sahaja berfungsi sebagai alat komunikasi, malah sebagai wahana pembentukan identiti, kefahaman agama dan keterlibatan masyarakat dalam era digital.
Buku ini juga memperluas perbincangan kepada hubungan antara agama dan masyarakat melalui isu bimbingan mualaf, analisis naratif Adam dan Hawa dalam tradisi Genesis dan al-Quran, serta pemikiran pembaharuan Badiuzzaman Said Nursi yang menekankan nilai iman, persaudaraan, kasih sayang dan musyawarah.
Warisan intelektual Melayu-Islam turut diberikan perhatian melalui kajian terhadap karya Syeikh Abdul Qadir Bukit Bayas yang memperlihatkan kepentingan bahasa Melayu, tulisan Jawi dan tradisi keilmuan Islam dalam penyampaian fiqh, nasihat dan pembentukan adab masyarakat.
Secara keseluruhannya, buku ini memperlihatkan hubungan erat antara akidah, bahasa, dakwah, tradisi keilmuan dan cabaran semasa. Diharapkan buku ini dapat menjadi sumber rujukan yang bermanfaat kepada ahli akademik, penyelidik, pendidik, pelajar dan masyarakat umum dalam memperkaya pemahaman terhadap pemikiran dan peradaban Islam.
Akhir kata, penghargaan dan terima kasih dirakamkan kepada semua penulis serta pihak yang telah menyumbang dalam menjayakan penerbitan buku ini. Semoga segala usaha ini memberikan manfaat yang berpanjangan kepada perkembangan ilmu dan kesejahteraan masyarakat.

English

Praise and thanks be to Allah SWT, by whose leave this book has been brought together as a scholarly work presenting the many dimensions of creed, Islamic thought, dakwah (Islamic propagation), language, social harmony and the Malay-Islamic intellectual heritage.
The book discusses the importance of the manhaj (method) of Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah in shaping balanced Islamic thought, particularly in confronting religious literalism, extremism and radicalism. It also emphasises the value of wasatiyyah (moderation), a sound understanding of creed and the strengthening of harmony in Malaysia's Muslim society.
The role of the Malay language is highlighted as an important medium for conveying knowledge, clarifying the understanding of creed and contemporary dakwah. Language serves not only as a means of communication but also as a vehicle for forming identity, religious understanding and community engagement in the digital age.
The book also extends the discussion to the relationship between religion and society through the guidance of converts, an analysis of the narrative of Adam and Eve in the Genesis tradition and the Quran, and the reformist thought of Badiuzzaman Said Nursi, which stresses faith, brotherhood, compassion and consultation.
The Malay-Islamic intellectual heritage receives attention through studies of the works of Syeikh Abdul Qadir Bukit Bayas, which show the importance of the Malay language, Jawi script and the Islamic scholarly tradition in conveying fiqh, advice and the formation of social adab (manners).
Overall, the book shows the close relationship between creed, language, dakwah, scholarly tradition and current challenges. We hope it will be a useful reference for academics, researchers, educators, students and the general public in enriching their understanding of Islamic thought and civilisation.
Finally, we record our appreciation and thanks to all the authors and to everyone who contributed to the publication of this book. May these efforts bring lasting benefit to the growth of knowledge and the well-being of society.

Contents

Chapters

Open a chapter to view its abstract, DOI and bibliographic details.