Penerokaan Indikator Keharmonian Masyarakat Islam Di Malaysia Berdasarkan Manhaj Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah: Analisis Temu Bual Pakar
English titleExploring Indicators of Harmony in Malaysia's Muslim Society Based on the Manhaj of Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah: An Analysis of Expert Interviews
Abstract
Kajian tentang keharmonian masyarakat Islam di Malaysia sering dibincangkan secara konseptual tanpa indikator yang jelas berasaskan manhaj Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah. Keadaan ini menyebabkan konsep keharmonian ditafsir secara pelbagai serta kurang mempunyai parameter yang boleh dijadikan rujukan dalam menilai kesepaduan masyarakat Islam. Justeru, kajian ini bertujuan untuk meneroka indikator keharmonian masyarakat Islam di Malaysia menurut manhaj Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah berdasarkan analisis data temu bual. Kajian ini mengenal pasti elemen utama keharmonian serta merumuskan indikator awal yang selari dengan kerangka Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif berbentuk kajian penerokaan melalui temu bual separa berstruktur. Informan kajian terdiri daripada lima orang pakar yang dipilih secara persampelan bertujuan, iaitu Mufti Johor, Mufti Sabah, Pegawai Akidah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), dan dua ahli akademik Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), yang mempunyai kepakaran dalam bidang berkaitan anti keganasan. Data temu bual dianalisis menggunakan kaedah analisis tematik bagi mengenal pasti tema dan subtema yang membentuk indikator keharmonian masyarakat Islam menurut manhaj Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah. Hasil kajian menunjukkan bahawa antara indikator terpenting keharmonian masyarakat Islam adalah kefahaman akidah Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah yang sahih, penolakan ekstremisme dan takfiri, pengamalan kesederhanaan dalam beragama, serta pengukuhan perpaduan dalam masyarakat majmuk. Dapatan ini menghasilkan satu set indikator awal yang boleh dijadikan kerangka rujukan dalam memahami keharmonian masyarakat Islam di Malaysia serta asas kepada kajian lanjutan yang lebih sistematik.
Harmony in Malaysia's Muslim society is often discussed conceptually, without clear indicators based on the manhaj of Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah. As a result, the concept of harmony is interpreted in many ways and lacks parameters that can serve as a reference for assessing the cohesion of Muslim society. This study therefore explores indicators of harmony in Malaysia's Muslim society according to the manhaj of Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah on the basis of interview data. It identifies the main elements of harmony and formulates preliminary indicators consistent with the Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah framework. The study uses a qualitative exploratory approach with semi-structured interviews. The informants were five experts selected by purposive sampling: the Mufti of Johor, the Mufti of Sabah, a creed officer of the Department of Islamic Development Malaysia (JAKIM) and two academics of the National Defence University of Malaysia (UPNM) with expertise in counter-terrorism. The interview data were analysed thematically to identify the themes and sub-themes that make up the indicators. The findings show that the most important indicators of harmony in Muslim society are a sound understanding of the creed of Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah, the rejection of extremism and takfiri attitudes, moderation in religious practice, and stronger unity in a plural society. The findings provide a preliminary set of indicators that can serve as a frame of reference for understanding harmony in Malaysia's Muslim society and as a basis for more systematic further research.
Affiliations
- 1Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Malaysia
- 2Pusat Kajian Al-Quran & Al-Sunnah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Malaysia
- 3Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM), Malaysia
Bibliographic details
- Book
- Pemikiran Islam dan Dakwah Kontemporari: Akidah, Epistemologi dan Keharmonian Masyarakat
- Editors
- Azarudin bin Awang, Mohd Hasrul bin Shuhari
- Chapter
- 7
- Pages
- 115–136
- Publisher
- Penerbit Universiti Putra Malaysia
- Published
- 29 October 2026
- E-ISBN
- 9786297114408


