Keunikan Bahasa dan Gaya Penulisan dalam Kitab Mir'āt al-Mu'minīn wa Tazkirah li al-Ghāfilīn Karya Tuan Bukit Bayas
English titleThe Distinctive Language and Writing Style of Mir'āt al-Mu'minīn wa Tazkirah li al-Ghāfilīn by Tuan Bukit Bayas
Abstract
Mir'āt al-Mu'minīn wa Tazkirah li al-Ghāfilīn merupakan salah satu manuskrip fiqh Melayu yang dihasilkan oleh Syeikh Abdul Qadir Bukit Bayas, seorang ulama terkenal Terengganu pada abad ke-19. Penyelidikan terdahulu lebih banyak memberi perhatian terhadap aspek biografi pengarang, sejarah manuskrip, kandungan kitab ini, manakala aspek bahasa dan gaya penulisan masih kurang diberikan perhatian secara khusus. Kajian ini bertujuan menganalisis ciri-ciri bahasa yang digunakan oleh Tuan Bukit Bayas dalam penulisan kitab tersebut. Kajian menggunakan pendekatan kualitatif melalui analisis kandungan terhadap manuskrip asal dan naskhah suntingan. Fokus analisis meliputi penggunaan bahasa Melayu klasik, pengaruh bahasa Arab, istilah fiqh, struktur ayat, gaya penghujahan dan teknik penyampaian ilmu. Dapatan menunjukkan bahawa bahasa yang digunakan memperlihatkan pengaruh kuat tradisi keilmuan Islam, khususnya melalui pengekalan istilah Arab, penggunaan struktur sintaksis yang menyerupai bahasa Arab dan gaya penghujahan yang berasaskan al-Quran, hadis serta pandangan ulama mazhab Syafi‘i. Selain itu, pengarang turut menggabungkan unsur nasihat, syair dan soal jawab bagi memudahkan pemahaman pembaca. Kajian ini membuktikan bahawa bahasa dalam Mir'āt al-Mu'minīn wa Tazkirah li al-Ghāfilīn bukan sahaja berfungsi sebagai medium penyampaian hukum, malah menjadi medium pembinaan pemikiran dan adab masyarakat Melayu Islam. Dapatan kajian ini diharapkan dapat memperkayakan penyelidikan berkaitan linguistik manuskrip Melayu dan perkembangan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu Islam.
Mir'āt al-Mu'minīn wa Tazkirah li al-Ghāfilīn is a Malay fiqh manuscript by Syeikh Abdul Qadir Bukit Bayas, a renowned nineteenth-century scholar of Terengganu. Previous research has focused mostly on the author's biography, the history of the manuscript and its contents, while its language and writing style have received little specific attention. This study analyses the features of the language Tuan Bukit Bayas used in the work. It uses a qualitative approach based on content analysis of the original manuscript and an edited text. The analysis covers the use of classical Malay, Arabic influence, fiqh terminology, sentence structure, style of argument and techniques for conveying knowledge. The findings show that the language reflects the strong influence of the Islamic scholarly tradition, particularly in the retention of Arabic terms, syntactic structures resembling Arabic and a style of argument based on the Quran, hadith and the views of Shafi'i scholars. The author also combines advice, verse and question-and-answer to help readers understand. The study shows that the language of Mir'āt al-Mu'minīn wa Tazkirah li al-Ghāfilīn served not only to convey legal rulings but also to build the thought and adab of Malay Muslim society. The findings are expected to enrich research on the linguistics of Malay manuscripts and the development of Malay as a language of Islamic scholarship.
Affiliations
- 1Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, UniSZA
- 2Institut Penyelidikan Produk dan Ketamadunan Melayu Islam, UniSZA
- 2Institut Penyelidikan Produk dan Ketamadunan Melayu Islam, UniSZA
- 2Institut Penyelidikan Produk dan Ketamadunan Melayu Islam, UniSZA
- 1Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, UniSZA
Bibliographic details
- Book
- Pemikiran Islam dan Dakwah Kontemporari: Akidah, Epistemologi dan Keharmonian Masyarakat
- Editors
- Azarudin bin Awang, Mohd Hasrul bin Shuhari
- Chapter
- 9
- Pages
- 159–172
- Publisher
- Penerbit Universiti Putra Malaysia
- Published
- 29 October 2026
- E-ISBN
- 9786297114408


