Pertanika Journals · Universiti Putra Malaysia Press
Pertanika UPM Journals Facebook
Established 1978 · Universiti Putra Malaysia Press

Research across disciplines. One Pertanika.

International peer-reviewed journals advancing research in tropical agriculture, science and technology, social sciences and humanities, with open scholarly access across the Pertanika family.

PJTAS Tropical Agricultural Science PJST Science & Technology PJSSH Social Sciences & Humanities
Chapter 6 · Pertanika Book Series

Melepasi Mandat Ekabahasa: Adaptasi Pedagogi Tersembunyi oleh Guru dalam Bilik Darjah Awal Kanak-Kanak Pelbagai Etnik

English titleBeyond the Monolingual Mandate: Teachers' Hidden Pedagogical Adaptations in Multi-Ethnic Early Childhood Classrooms

Hazhari Ismail1,5*, Farhana Nohrin Mohd Anuar2, Mohamad Albaree Abdul3,5, Syazwana Aziz4

Pendidikan Bahasa, Literasi dan Pedagogi Bahasa 29 October 2026 Pages 180–195
KeywordsPendidikan awal kanak-kanak, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, mandat ekabahasa, adaptasi pedagogi tersembunyi, fenomenologi hermeneutik, teori Bourdieu.
Keywords (English)Early childhood education, Malaysia Education Blueprint, monolingual mandate, hidden pedagogical adaptation, hermeneutic phenomenology, Bourdieu's theory.
Chapter content

Abstract

Bahasa Malaysia

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 meletakkan penguasaan bahasa kebangsaan (Bahasa Melayu) sebagai teras kepada kesediaan persekolahan dan pembinaan perpaduan nasional dalam pendidikan awal kanak-kanak. Walau bagaimanapun, pelaksanaan mandat ekabahasa sering kali berdepan dengan cabaran untuk disesuaikan dengan realiti demografi bilik darjah yang terdiri daripada murid pelbagai etnik, khususnya di kawasan bandar. Menggunakan reka bentuk fenomenologi hermeneutik berserta Analisis Fenomenologi Interpretatif (IPA), kajian ini meneliti pengalaman hidup 12 orang guru prasekolah awam merentasi tiga agensi kerajaan di Kuala Lumpur. Berdasarkan perspektif Teori Kritis Sosial Pierre Bourdieu dan konsep Street-Level Bureaucracy, dapatan kajian memperlihatkan bahawa mandat ekabahasa yang dilaksanakan secara tegar bertindak sebagai mekanisme penyaringan yang cenderung mengecualikan kanak-kanak yang tidak memiliki modal linguistik dominan. Bagi merapatkan jurang ini, guru-guru mempamerkan agensi yang dirunding (negotiated agency) dengan melaksanakan adaptasi pedagogi tersembunyi termasuklah amalan transbahasa (translanguaging), penggunaan bahan sastera ibunda seperti nurseri Tamil secara terselindung dan terjemahan dwibahasa secara ad hoc. Kajian ini berhujah bahawa kelangsungan pendidikan saksama di prasekolah awam kini bergantung pada penentangan pragmatik guru yang bertindak sebagai perantara budaya. Bagi merealisasikan pendidikan yang benar-benar inklusif, dasar pendidikan negara perlu beralih daripada pemaksaan ekabahasa kepada kerangka otonomi terbimbing yang mengiktiraf dan menyokong kepelbagaian linguistik sebagai aset pedagogi.

English

The Malaysia Education Blueprint (PPPM) 2013–2025 places mastery of the national language (Malay) at the heart of school readiness and national unity in early childhood education. However, the monolingual mandate is often hard to reconcile with the demographic reality of classrooms of children from many ethnic groups, especially in urban areas. Using a hermeneutic phenomenological design with Interpretative Phenomenological Analysis (IPA), this study examines the lived experiences of 12 public preschool teachers across three government agencies in Kuala Lumpur. From the perspectives of Pierre Bourdieu's critical social theory and the concept of street-level bureaucracy, the findings show that a rigidly enforced monolingual mandate acts as a filtering mechanism that tends to exclude children without the dominant linguistic capital. To bridge this gap, teachers display negotiated agency through hidden pedagogical adaptations, including translanguaging, the covert use of mother-tongue literature such as Tamil nursery rhymes, and ad hoc bilingual translation. The study argues that equitable education in public preschools now depends on the pragmatic resistance of teachers acting as cultural brokers. To achieve truly inclusive education, national policy must move from monolingual imposition towards a framework of guided autonomy that recognises and supports linguistic diversity as a pedagogical asset.

Contributors

Affiliations

  1. 123Jabatan Pendidikan Awal Kanak-kanak,
  2. 4Jabatan Bimbingan dan Kaunseling, Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900, Tanjong Malim, Perak, Malaysia
  3. 5Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara (NCDRC), Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900, Tanjong Malim, Perak, Malaysia
Publication record

Bibliographic details

Book
Pendidikan Bahasa, Literasi dan Pedagogi Bahasa
Editors
Muhammad Zuhair Zainal, Burhan Murshidi Baharon, Fadzilah Amzah
Chapter
6
Pages
180–195
Publisher
Penerbit Universiti Putra Malaysia
Published
29 October 2026
E-ISBN
9786297114224