Pertanika Journals · Universiti Putra Malaysia Press
Pertanika UPM Journals Facebook
Established 1978 · Universiti Putra Malaysia Press

Research across disciplines. One Pertanika.

International peer-reviewed journals advancing research in tropical agriculture, science and technology, social sciences and humanities, with open scholarly access across the Pertanika family.

PJTAS Tropical Agricultural Science PJST Science & Technology PJSSH Social Sciences & Humanities
Simposium BM

Pendidikan Bahasa, Literasi dan Pedagogi Bahasa

English titleLanguage Education, Literacy and Language Pedagogy

EditorsMuhammad Zuhair Zainal, Burhan Murshidi Baharon, Fadzilah Amzah
Published29 October 2026
PublisherPenerbit Universiti Putra Malaysia
Publication placeSerdang, Selangor, Malaysia
LanguageBahasa Malaysia
E-ISBN9786297114224
Chapters10 published
Subjects (BISAC)
  • LAN020000
  • LAN009000
  • LAN010000
  • EDU023000
About this book

Synopsis

Bahasa Malaysia

Perkembangan pendidikan bahasa hari ini menuntut pemahaman yang lebih luas tentang bahasa sebagai sistem, proses kognitif, amalan sosial dan wahana pembelajaran. Bahasa Melayu bukan sahaja perlu diteliti dari sudut struktur dan variasinya, tetapi juga dari segi pemerolehan, literasi, pedagogi, kreativiti guru serta realiti bilik darjah yang semakin rencam dari segi budaya, bahasa dan teknologi.
Buku Pendidikan Bahasa, Literasi dan Pedagogi Bahasa menghimpunkan penelitian yang merentas semantik, sintaksis, fonologi, dialektologi, pragmatik, psikolinguistik, pemerolehan bahasa, literasi awal dan pedagogi Bahasa Melayu. Perbincangannya menghubungkan analisis struktur bahasa dengan pemprosesan makna, perkembangan bahasa kanak-kanak, penggunaan teknologi digital, kreativiti pengajaran serta isu kepelbagaian linguistik dalam pendidikan awal.
Keistimewaan buku ini terletak pada usaha mempertemukan linguistik teoritis dengan persoalan pendidikan sebenar. Himpunan ini menunjukkan bahawa pemahaman terhadap tatabahasa, variasi dialek dan proses mental berbahasa dapat memperkaya pedagogi, manakala penelitian terhadap literasi, dasar bahasa dan amalan guru membantu menilai kesesuaian pendekatan pengajaran dalam konteks murid yang pelbagai. Teknologi pula dilihat sebagai alat yang perlu digerakkan oleh reka bentuk pedagogi yang bermakna.
Buku ini sesuai dijadikan rujukan oleh ahli akademik, penyelidik, guru, pensyarah, pelajar pendidikan, pengamal bahasa dan pembuat dasar. Semoga penerbitan ini memperluas wacana pendidikan bahasa yang berasaskan ilmu linguistik, peka konteks dan responsif terhadap keperluan pembelajaran masa kini.

English

Language education today calls for a broader understanding of language as a system, a cognitive process, a social practice and a vehicle of learning. Malay must be studied not only in terms of its structure and variation but also in terms of acquisition, literacy, pedagogy, teacher creativity and classroom realities that are increasingly diverse in culture, language and technology.
Language Education, Literacy and Language Pedagogy brings together research spanning semantics, syntax, phonology, dialectology, pragmatics, psycholinguistics, language acquisition, early literacy and Malay language pedagogy. Its discussions connect the analysis of language structure with meaning processing, children's language development, the use of digital technology, creative teaching and the question of linguistic diversity in early education.
The strength of the book lies in bringing theoretical linguistics together with real educational questions. The collection shows that an understanding of grammar, dialect variation and the mental processes of language can enrich pedagogy, while research on literacy, language policy and teachers' practice helps to assess whether teaching approaches suit diverse learners. Technology, in turn, is seen as a tool that must be driven by meaningful pedagogical design.
The book is a suitable reference for academics, researchers, teachers, lecturers, education students, language practitioners and policymakers. We hope it will broaden the discourse on language education grounded in linguistics, sensitive to context and responsive to the needs of learning today.

Contents

Chapters

Open a chapter to view its abstract, DOI and bibliographic details.