PENELITIAN GAYA BAHASA PERBANDINGAN DALAM NOVEL LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA KARYA ABDUL TALIB TALIB: ANALISIS DARI SUDUT PSIKOLINGUISTIK
English titleComparative Figures of Speech in Abdul Latib Talib's Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa: A Psycholinguistic Analysis
Abstract
Kajian terhadap novel sejarah popular karya Abdul Latib Talib kebanyakannya berfokuskan perspektif penceritaan fakta sejarah, nilai pengajaran moral, serta pembentukan patriotisme secara umum, manakala penelitian dari sudut mekanisma pemprosesan bahasa dan manipulasi stilistika menerusi kanta psikolinguistik masih kurang diterokai. Ketidakseimbangan ini membina kelompongan kajian yang ketara dalam memahami cara susunan gaya bahasa perbandingan berupaya mempengaruhi struktur kognitf, imaginasi spasial, serta tindak balas emosi pembaca. Sehubungan dengan itu, bab ini bertujuan mengenal pasti, mengklasifikasi, dan menganalisis empat bentuk gaya bahasa perbandingan iaitu perumpamaan (simile), metafora, personifikasi, dan antisipasi berdasarkan Model Gaya Bahasa Henry Guntur Tarigan dalam novel Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latib Talib dari sudut psikolinguistik. Research ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan memanfaatkan kaedah analisis kandungan teks secara mendalam.
Berdasarkan analisis psikolinguistik, dapatan kajian membuktikan bahawa pengarang mengolah gaya bahasa perbandingan secara strategik untuk merangsang persepsi mental serta emosi khalayak. Pemanfaatan perumpamaan berupaya memindahkan ciri-ciri konkrit alam kepada bentuk abstrak keberanian watak Leftenan Adnan, lalu mempermudah pembaca membina gambaran visual medan perang. Pemanfaatan metafora pula menggugurkan makna harfiah bagi menyerap pemaknaan baharu yang mendalam, sekali gus memperluas ruang kognitif pembaca dalam menghayati gelora emosi dan konflik dalaman watak. Penggunaan personifikasi membolehkan objek-objek mati dan persekitaran perang bersuara serta membina suasana gundah, cemas, dan tegang. Manakala penggunaan gaya bahasa antisipasi berupaya menghubungkan persepsi masa kini dengan jangkauan takdir masa depan, membolehkan pembaca mengalami persediaan mental dan empati emosi yang tinggi terhadap perjuangan pahlawan negara. Secara keseluruhannya, kajian ini mengesahkan bahawa pengolahan gaya bahasa perbandingan dalam novel sejarah bukan sekadar bertujuan menghias teks, tetapi bertindak sebagai mekanisme psikolinguistik yang menggerakkan minda, emosi, dan jati diri kebangsaan khalayak.
Studies of Abdul Latib Talib's popular historical novels have mostly focused on the narration of historical fact, moral lessons and the general cultivation of patriotism, while language processing and stylistic manipulation seen through a psycholinguistic lens remain little explored. This imbalance leaves a clear gap in understanding how comparative figures of speech can influence readers' cognitive structures, spatial imagination and emotional responses. This chapter therefore identifies, classifies and analyses four forms of comparative figure, simile, metaphor, personification and anticipation, based on Henry Guntur Tarigan's model of style, in Abdul Latib Talib's novel Leftenan Adnan Wira Bangsa from a psycholinguistic perspective. The research uses a qualitative approach based on in-depth textual content analysis.
The psycholinguistic analysis shows that the author deploys comparative figures strategically to stimulate readers' mental perception and emotions. Similes transfer the concrete qualities of nature to the abstract courage of Lieutenant Adnan, helping readers build a visual picture of the battlefield. Metaphors set aside literal meaning to absorb deeper new meanings, widening readers' cognitive space for appreciating the characters' emotional turmoil and inner conflict. Personification lets inanimate objects and the wartime surroundings speak, creating an atmosphere of unease, anxiety and tension. Anticipation connects present perception with a reach towards future fate, preparing readers mentally and arousing strong empathy for the struggle of the nation's hero. Overall, the study confirms that comparative figures in a historical novel do not merely decorate the text but act as a psycholinguistic mechanism that moves readers' minds, emotions and national identity.
Affiliations
- Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan,
- Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, Malaysia
Bibliographic details
- Book
- Pendidikan Bahasa, Literasi dan Pedagogi Bahasa
- Editors
- Muhammad Zuhair Zainal, Burhan Murshidi Baharon, Fadzilah Amzah
- Chapter
- 7
- Pages
- 196–230
- Publisher
- Penerbit Universiti Putra Malaysia
- Published
- 29 October 2026
- E-ISBN
- 9786297114224


